Artis / Selebriti
” Jebon betul lah kelaku dia ni, penat gelak. Dia ‘blur’ kan owner terus, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Fikry Ibrahim Bersama Imam Muda Ashraf Asyraf Buat Ramai Terhibur. Rasanya Lepas Ni Payment Jadi Duta Tu Akan Kena Hold. Buat Perangai Betul Lah Fikry Ni, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti pelakon Fikry Ibrahim di media sosial pasti tak kering gusi ketawa gara-gara menonton video-video kelakarnya. Ada sahaja idea Fikry membuat video menarik sehingga ianya juga menjadi perbualan hangat warganet.
Sebelum ini beberapa video telah dikongsikan antaranya video lakonan Fikry memaparkan dia ‘ Terpaling Duta’ dan Challenge Al-Quran. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fiky ada memuatnaik lagi satu video yang memaparkan Fikry telah mem’blur’kan wajah seseorang.
Menerusi video tersebut, turut ada bersama Fikry adalah pelawak Angah Lawaking dan sebelah Fikry ada seorang lelaki. Seloroh Fikry di ruangan kapsyen mengatakan bayaran sebagai duta masih belum selesai dan wajah lelaki itu perlu di ‘blur’ kan.

Ramai yang dapat meneka siapakah gerangan wajah lelaki yang di ‘blur’ kan oleh Fikry. Mereka mengatakan Fikry berani cuba melakukan hal sedemikian kepada owner sebuah jenama baju Melayu iaitu Iman Muda Asyraf. Alahai punya lah up to date Fikry dengan perkembangan semasa mengenai video iklan seorang artis yang di’blur’kan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terhibur dan geram melihat telatah Fikry menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jeb0n betul lah kelaku dia ni, penat gelak. Dia ‘blur’ kan owner terus, haha.. Ni lagi dahsyat tutup muka bos, hang teruk betul lah Fikry.. “
” Censor tauke baju Melayu kaaa tu.. Kes ni kes naya.. Hari tu dah kata terpaling duta.. Payment lambat dia blur muka owner, haha.. “
” Boleh dapat anugerah duta paling berani nie .. Starlight dahi dia ustaz, berani betul dia buat macam tu noh, hahahahahahaha.. “
” Setempek dia bagi dekat ustaz, hahaha.. Tak ada lagi video tak lawak dia buat.. Ikut trend sungguh kali ni.. Hahaha mohon sabaq banyak2 ustaz.. “
” Hahaa dengaq soqa macam kenaii.. Harap hat kena blur sabaq banyak banyak naa.. Tolong settle hat mana patut.. Anggap ni ujian bulan ramadan, hehe.. “
” Ni gaya2 mintak kena luku beramai2 ni.. Dengaq sora pun tau dah sapa, hahaha.. Kuangsam duta.. Berani noohhh kotak kotak kan muka founder.. “
” Fikry, hati hg memang keras.. Masyaallahhhh ustz jd mngsa, hehe.. Duta blur muka boss..Berani btoi.. Rasanya dah jadi mcm ni mesti payment lagi kurang, haha.. “
Ada sahaja idea FIkry membuat content yang mencuit hati. Part ketika Fikry cakap dekat Imam Muda Asyraf membuatkan ramai terhibur. Gara-gara ustaz Asyraf terlupa salah satu lokasi outlet, Fikry berkata memang patut wajah Imam Muda Asyraf di’blur’kan, hehe. Bertambah lah Ustaz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fikryibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



