Artis / Selebriti
” Kadang tak faham apa isi fikiran Tokti ni, lain macam dia punya random, hehe.. ” – Komen Netizen
Video lakonan DS Siti Nurhaliza yang ditayangkan ketika Konsert The Next Wave, Singapura buat ramai terhibur. Amboi lawak betul Tokti. Sekejap jadi diri sendiri, lepas tu jadi pemaisuri, hakim dan lanun pula. Part last yang Gegar Vaganza tu berdekah penonton gelak. Kelakar sungguh..
Meninjau ke akaun Tiktok Julia, perkongsian sebuah video yang memaparkan video lakonan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam konsert The Next Wave, Singapura semalam telah membuatkan ramai terhibur. Video tersebut dipaparkan pada skrin besar dan Dato’ Seri Siti membawakan pelbagai watak.
Antaranya ialah watak permaisuri, hakim dan lanun. Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah respon Dato’ Seri Siti yang sungguh tidak disangkakan. Seluruh dewan penuh dengan gelak tawa apabila melihat lakonan Dato’ Seri Siti yang sangat berbakat.
Meskipun terkenal dengan imej sopan dan lemah lembut, sisi kelakar dan ceria Dato’ Seri Siti Nurhaliza ternyata menjadi elemen tambahan yang menyegarkan dalam konsert berkenaan. Ia membuktikan yang beliau bukan sahaja mempunyai kekuatan vokal, tetapi juga ada bakat untuk berlakon.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya setiap kali konsert Dato’ Seri Siti ini diterapkan elemen hiburan sebegini selain mendengar lagu-lagu nyanyiannya.
Jom tonton video di bawah :
@imsitizoner
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan lakonan Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tokti dah bley join sepahtu…lawak random sgt ni..bley sparing dgn jep.. she pandai ye bawa watak komedi. kalau dulu berlakon, pelakon wanita popular ABP pun boleh menang.. “
” Kdg aku x fhm apalh isi fikiran Tokti nie lain mcm dia punya random dia punya lawak tue kita x bleh agak pon.. tak payahla GV…kesian yg lain.. “
” Kalau tokti masuk GV , maybe satu episode je sebab dah tahu juara siapa.. tokti masuk gv peserta lain tarik diri. xpayah bertanding terus lah.. “
” Ya Allah part yg last tu, ak yg ensem ni pun leh tergelak apatah lagi korang yg biasa2.. Dah tau perangai afwa ikut sapa.. “
” Patik bkn sengaja utk memikat rakyat tetapi rakyat yg terjerat… Comeyyy nye awakkk Always no. syatuuu.. nangis semua geng raja lawak.. “
” Ya Allah comelllll nye Datok Siti Nurhaliza.. alaaa tak boleh repost tapi yg penting thank you awak sbb record.. Lain mcm tokti.. “
” Comelll..suke la segmen mcm ni.. aaa bestnye kalau tokti belakon.. Yeeaaahhhh… Tuanku Sedap Suara cm Dato Sri Siti Nurhaliza Samaaa laaaa.. “
Konsert di Singapura kali ini bukan sahaja memperlihatkan kehebatan vokal legenda negara itu, tetapi turut menampilkan sisi humor dan keperibadian ceria Siti Nurhaliza. Ia menjadi bukti yang beliau bukan sekadar seorang penyanyi, tetapi juga seorang penghibur sejati yang mampu menawan hati semua lapisan peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Julia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

