Artis / Selebriti
” Kak Lina memilih untuk sentiasa menjaga Kak Lina punya mental health, itu lebih penting.. ” – Elly Mazlein
Diasak pertanyaan mengapa tidak menjadi host Gegar Vaganza musim ke 11, Elly Mazlein tampil memberikan penjelasannya. Itu rupanya perkara sebenar yang terjadi, keputusan yang terbaik Kak Lina. Salute lah..
Debaran rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza musim ke 11 semakin dirasai. Beberapa hari yang lalu, peserta GV11 telah pun dimaklumkan pada sidang media rasmi. Selain peserta, barisan juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS dan Hetty Koes Endang juga didedahkan kepada umum.
Meninjau entry di akaun Instagram hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Elly Mazlein. Nama Elly atau mesra disapa dengan nama Kak Lina ini menjadi sebutan pada awal sebagai gandingan untuk Nabil Ahmad.
Wartawan bertanyakan pengesahan daripada Kak Lina mengenai khabar angin yang mengatakan Kak Lina menolak tawaran menjadi hos GV11. Tidak berselindung, Kak Lina mengiyakan khabar tersebut dan Kak Lina ada sebabnya tersendiri untuk tidak menerima. Kata Kak Lina, itu bukan rezekinya untuk berada di pentas GV11.

GV11 program yang sudah gah ada namanya tersendiri. Mendoakan agar rancangan ini meletop, Kak Lina turut menyeru agar semua memberikan sokongan kepada Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang ditugaskan sebagai hos pada tahun ini. Untuk peminat Kak Lina, ada rezeki mereka pasti dapat melihat telatah Kak Lina mengacara di program lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mendonia Kak Lina pom pom.. no syatu.. we love you Kak Lina and always support you.. kak lina pengacara no syatu 4ever.. “
” Suka komen kak lina dalam lucu ada kematangannya.. Baguslah kak lina ni matang dan x berebut soala rezeki, sebab beliau percaya dgn rezeki dari Allah.. “
” Suke positif vibe kak lina.. Gaya kaklina pom2 ni kan sbnr nya atas pentas je dia on character..lua pentas dia elly mazlien.. “
” Saya suke dia host sempoi je tapi tak kurang ajar dengan sape-sape.. Xpe Kak Kepom ada rezeki lain… kt stesen TV lain pun panggil Kepom kann.. “
” Me suka lina kepom ni.. dia ok jer for me.. tetap no syatu.. sokong kepom hehe.. bila orang bijak berbicara, suka kak lina pom pom ni.. “
” Keputusan yang terbaik.. Rezeki Allah atur yang terbaik untuk kak lina.. Kak lina profesional kot.. terus menyala kak lina.. “
” Xper kak lina ada rezeki luas lgi.. lgi org xsuka lgi byk rezeki dtg.. kak lina no syatu, profesional.. rezeki ada di mana-mana.. “
Betul kata Kak Lina, Allah yang mengaturkan rezeki. Jika tidak di GV11, warganet boleh melihat Kak Lina di program lain. Jika tidak di kaca TV, masih boleh mendengar celoteh Kak Lina di konti Era FM. Apa-apa pun, terus maju jaya Kak Lina dan semoga semakin mencurah-curah rezeki Kak Lina selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam.com.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

