Artis / Selebriti
” Kalau dengan Achey bukan main serius. Tapi bila nampak Abang Jamil asyik tersasul je yer, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Elly Mazlein bersama Que Haidar sekali lagi buat ramai yang terhibur. Amboi Kak Lina, nampak Abang Jamil je terus lain jadinya yer. Lawak lah, haha..
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Setiap perkongsian video oleh Elly di akaun Instagram miliknya pasti menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi video lakonannya ketika mempromosikan butik pakaian Jakel.
Terbaharu, menerusi tinjauan di akaun Instagram, Elly telah memuatnaik sebuah video lakonan bersama Que Haidar. Menerusi video tersebut, Elly dilihat berada di dalam lif sebelum Que turut masuk ke dalam lif yang sama secara tiba-tiba. Que yang kini lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Jamil’ memanggil Elly dengan panggilan Cik Jamilah dan memintanya menekan nombor lif.
Namun, apa yang mencuit hati ramai apabila Elly secara tidak sengaja tersasul menyebut nombor telefonnya. Berasa malu dengan kejadian tersebut, Elly terus bergegas keluar dari lif sambil berlari. Sekali lagi, perkongsian video ini berjaya mengundang tawa para peminat Elly dan juga Que.

Malah, bukan itu sahaja, ada warganet yang berseloroh menyatakan mereka sangat terhibur dengan telatah Elly, selain membandingkan video tersebut dengan lakonannya bersama pelawak Achey sebelum ini, yang mana Elly dilihat lebih serius dan kurang melayan Achey berbanding Que.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur menontonnya. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Kalau dengan Achey bukan main serius. Tapi bila nampak Abg Jamil asyik tersasul je yer, haha.. Cik Jamilah, Cik Jamilah, nakal yer,.. “
” Hahahaha nak la lari mcmtu juge . Ate mana mau comel mcm kak kepommm kite no syatuu ye dakk, kehkeh.. “
” Abang Jamil punya pasal lah niiiii.. Korang tengok lah video sebelum ni, memang kesian betul Achey kena palau dengan Cik Jamilah, hehe.. “
” Eh2, boleh pula tersalah bagitahu no fon, haha.. Nasib kak Elly cantik cara lari. Kalau saya entah dah tergelincir pakai kasut tumit tinggi tu.. “
” Kalo nampak org lain dia tak jadi camni kannn.. Papaaaaaa tengok ni, habis lah Kak Lina kalau papa tahu, mahu kena perli lg ni.. “
” Nampak abg jamil terus tak jd org.. Dgn aceyy madah muka monyokkk. Dgn bang jamil menggelenyoh ko yeee, hahaha.. “
” Haaa lagi skaliiii… Cikkguuuuu rotannnnn kak lina nieeee…Biasheeeee dia .. Hahahaha lawak lah Kak Lina ni, boleh lah nanti berlakon dengan Abg Jamil mana2 drama, mesti top lah.. “
Selain terhibur, ramai juga memuji keserasian lakonan Elly dan Que yang disifatkan sebagai spontan serta menghiburkan. Tidak hairanlah setiap perkongsian Elly Mazlein sentiasa dinantikan peminat kerana telatahnya yang bersahaja mampu menceriakan suasana serta mencuit hati ramai.

Silakan SHARE..
Sumber :IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

