Artis / Selebriti
” Kalau kat sekolah memang takde orang yang special ke ? ” – Johan
Video respon Amad Dayyan apabila ditanya tentang teman istimewa di sekolahnya raih perhatian ramai. Tak sangka ini jawapan Amad. Suspen betul, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian video ketika Amad Dayyan menjadi tetamu jemputan untuk segmen Bekpes Hot telah meraih perhatian ramai. Amad telah ditanya satu soalan cepumas oleh salah seorang pemyampai Radio Hot iaitu Johan.
Johan ingin mengetahui adakah Amad mempunyai seseorang yang istimewa di sekolahnya. Namun jawapan yang diberikan oleh Amad ialah tiada. Kesemuanya adalah kawan -kawan dan mereka juga baik dengannya. Namun Amad membuatkan ramai berasa suspen apabila dia menyatakan ada seorang yang cukup istimewa.
Orang tersebut adalah gurunya yang bernama Cikgu Shakran. Cikgu tersebut banyak membantunya ketika tinggal di asrama. Baru nak korek rahsia Amad, sekali Amad pula yang kenakan kesemua yang berada di konti. Jawapan selamat yang diberikan oleh Amad

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Maklumlah apabila bergelar artis, pastinya ramai peminat di sekolah kan. Apa-apa pun Amad tidak melupakan jasa guru yang banyak membantunya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Jawapan selamat amad ye. semangat untuk amad.. Ingatkn rindu thalita.. Ko jgn buat hal Johan…ada yg memerhati tu.. “
” Jawapan amad mbuat hati rsa sedih sbb syapun ada ank lelaki ank syapun tk nk jauh dri saya moge amad bjya dlm pljran n kerjya.. “
” Rasa tak nk lepas biar pun dia dh dewasa. Tak sanggup nk pisah ngan anak. Bagus jawapan amad.. handsome lah amad.. “
” All the best amad, Homesick ea Amad asrama pon area KL je kn…manja la Amad ni….Hahahaha.. betul ke rindu ibu , ke rindu aweks nii hahaha.. “
” Amboi pandai amad buat suspen ye .. Amad tinggai asrama mana… semoga terus maju jaya buat amad.. Cikgu shakran Hadir Amad.. “
” Dengar mcm cg shahrukkhan, betul ehh. semoga cikgu shakran dipermudahkan semua urusan.. Kawan asrama amad hadir.. “
” Semoga dimudahkan urusan buat cg shakran selalu. terharu mendengar ayat tu.. Muka Nya hampir nak sama dengn meerqen.. “
Gelagat Amad yang spontan dan jujur membuatkan kemunculannya dalam Bekpes Hot kali ini antara yang paling menceriakan. Walaupun masih muda, Amad bijak mengendalikan soalan dan pandai mencuit suasana sampai pendengar rasa terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

