Artis / Selebriti
” Kami hanya buta bukan bodoh.. ” – Azmi Saat
Video Azmi Saat meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap layanan oleh seorang pegawai bank terhadap isterinya raih perhatian warganet. Jarang Azmi nak marah macam ni. Kesiannya isteri Azmi kena herdik macam tu, walhal dia OKU. Sangat tak patut..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Azmi Saat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Azmi meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap layanan yang diberikan oleh salah seorang kakitangan sebuah bank ketika dia dan isteri membuat urusan di kaunter bank berkenaan.
Kata Azmi, dia tidak suka membuat video seperti ini namun kali ini, Azmi sudah tidak dapat menahan rasa marah dan kecewanya kerana golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ) seperti mereka dilayan dengan buruk dan kurang empati oleh kakitangan bank tersebut.
Azmi menceritakan secara terperinci tujuan mereka ke bank kerana masalah internet banking isterinya. Memandangkan isterinya juga buta, ianya mengambil masa sedikit ketika ingin memasukkan password di kaunter. Apa yang mengecewakan Azmi adalah nada suara kakitangan tersebut.

Bagi orang buta seperti Azmi dan isteri, mereka tidak dapat melihat dan hanya melalui nada suara dapat memberikan mereka persepsi samada layanan itu okey atau sebaliknya. Rasa seakan-akan diherdik, Azmi turut mengatakan kakitangan tersebut seakan-akan, tidak tahu cara untuk berurusan dengan golongan OKU.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Jarang azmi nak marah2 ni. Sgt rude ye.. Tau lah bulan puasa mngkin penat tapi dh memang keje ko kot. Kira ok keje dlm aircond x panas sgt.. “
” Memang staff bank ni kurang adab… tapi malas nak tular… terima kasih bersuara utk kami… adab out.. “
” A little bit of empathy wouldn’t hurt publicbankmy please improve your customer service. this is utterly unacceptable! take note as well banknegaramalaysia.. “
” Please laa.. sepatutnya ada counter khas OKU utk sebarang urusan.klu xnk layan jgn le biadab,hormatlah sikit,xkesian ke org buta kot.. “
” Kita tak perlukan pun penglihatan utk tau orang beradab atau tidak.. apa yang En Azmi rasa semuanya valid..kita yang boleh melihat pun mungkin pernah terasa dihina even dengan mimik muka orang pada kita sahaja.. “
” Biadap nye.. mohon pihak bank check sikit staff tu… kurang ajar betul.. eh sy baran eh dgr.. pantang btl org tak cakna dgn org oku.. “
” Kesiannya. Memang biadab laa orang jaga bahagian customer service tak cakna pasal ni.. hantar yg jaga kaunter g kursus khidmat pelanggan lah.. “
Layanan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai yang bekerja di bahagian kaunter, apatah lagi terhadap golongan OKU. Mungkin tindakan perlu diambil oleh pihak bank untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi kepada pelanggan lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azmi Saat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

