Artis / Selebriti
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video Majlis Ijab dan Qabul, kapsyen Amira Othman buat ramai tersentuh hati. Tulus dan ikhlas daripada hati Amira, sebaknya baca..
Bukan mudah untuk menjadi seorang Amira Othman, apatah lagi kini sudah bergelar isteri kepada Fattah Amin. Dalam keterujaan warganet meraikan pernikahan Amira dan Fattah, masih ada lagi yang memberikan kecaman dan kata-kata makian yang tidak sepatutnya kepada Amira.
Mungkin kerana Fattah yang menjadi pilihan Amira dan kisah hidup Fattah sebelum ini dikaitkan dalam hubungan mereka. Namun Amira bukan lah seorang yang mudah melenting dan setiap kecaman yang diterima tidak langsung dibalas olehnya. Amira lebih memilih untuk berdiam dan meneruskan kehidupannya.
Menerusi perkongsian terbaru Amira Othman di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment indah majlis pernikahannya yang telah pun dirakamkan pada malam Ahad, 14 September baru-baru ini.

Kapsyen Amira juga agak panjang kali ini seolah-oleh luahan hati Amira untuk warganet, baik yang suka mahupun yang tidak menyukai dirinya. Ramai yang sedih membaca kapsyen Amira itu. Semuanya adalah takdir yang telah tertulis untuk Amira.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” So touching tengok video nie. Semoga berbahagia hingga ke jannah untuk mu adik-adik kakak.. Seminggu kita semua tersenyum senyum ni.. “
” Tiada amik hak sesiapa , tidak perlu minta restu netizen , berbahagialah kamu berdua fattah dan amira , Allah sentiasa ada untuk kalian.. “
” Dear Amira.., congrats.., setiap doa yg dilangitkan , tidak akn dikembalikan dgn tangan kosong.. Tak boleh move on dari pernikahan 2 insan tersayang ni.. “
” Coming from amira othman, kata kata yang betul betul menusuk kalbu. Wish you nothing but everlasting happiness and barakah in your marriage. Amiin Girlcrush sayaaa.. “
” Saya sampai nangis lihat pernikahan ini.. Alhamdulillah selamat semua, Tahniah Puan Amira… Auww so sweet.. “
” Cntiknye video. rasa macam calm dan sopan je.. selamat pengantin baru amira dan fattah bahagia sampai syurgaaa.. “
” Semoga bahagia hingga ke jannah , dijauhi oleh orang2 yg busuk hati, longlast till jannah untuk kak ya dan fattah love kak ya big².. “
” Love you so much amiraaothman. Moga ke syurganya in shaa Allah.. Fattahaminz mohon jagakan kak long sebaik mungkin.. Permata syurga,satu dalam sejutaaa.. “
” Touching eh tgk mama abah mira peluk fattah. ibu fattah peluk mira. selamat pengantin baru amiraaothman & fattahaminz . semoga berbahagia hingga ke syurga. dikurniakan anak2 yg soleh solehah.. “
Setiap bait-bait kata yang Amira coretkan sangat bermakna dan menyentuh hati. Jodoh, ajal dan maut segalanya aturan Allah dan kita hamba-Nya hanya mengikut apa yang telah tertulis dalam takdir masing-masing. Semoga Amira dan Fattah sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

