Artis / Selebriti
” Kau chill je Mel, nanti kau dapat bini lawa.. ” – Syamel
Video respon Syamel ketika ditanya apa kata-kata Syamel untuk diberitahukan kepada Syamel yang 7 ke 8 tahun yang lalu. Respon Syamel memang sangat-sangat win..
Meninjau di akaun Instagram radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan Syamel hadir ke konti radio tersebut sebagai tetamu jemputan. Menerusi video itu, penyampai radio, Fizi berkongsi video throwback ketika Syamel berbadan gempal.
Fizi meminta Syamel memberikan kata-kata untuk ‘Syamel yang dahulu’ . Menonton video klip nyanyiannya dahulu, Syamel sempat ketawa dan berseloroh dan meminta dirinya 7, 8 tahun lepas untuk terus chill serta bersabar kerana beberapa tahun lagi ke hadapan Syamel tersebut akan menjadi kurus, memiliki isteri yang cantik dan anak yang comel.
Bukan itu sahaja, akui Syamel lagi, dia tidak pernah sedikit pun merasa menyesal pernah memiliki bentuk badan seperti dahulu. Apabila sudah meningkat usia, Syamel telah mendapat kesedaran untuk menjalani kehidupan lebih sihat dan memiliki berat badan yang ideal.

Perubahan diri Syamel sekarang berbanding Syamel yang dahulu sangat-sangat ketara. Bagi yang mengikuti perjalanan karier Syamel sebelum ini, pasti mengetahui Syamel memilik badan yang agak gempal ketika namanya mula dikenali. Kini Syamel tampil lebih kacak dan bergaya.
Tonton video di bawah ini :
@hotfm976_ “Kau chill je Mel!” – Syamel (2025) 🥰 Lain kan Syamel dulu dan sekarang? Fizikal saja yang berbeza, orang nya tetap sama guyss 😁 Nice words Mel! #HotFMNo1 #HotFM #HotSquad #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1
Benar lah apa yang dikatakan Syamel, usaha Syamel yang dahulu untuk kurus sangat berbaloi setelah dia sekarang sudah memiliki seorang isteri yang cantik iaitu Ernie Zakri serta seorang anak yang sangat comel, cerdik, pandai yang bernama Nur Khawla Soleha dan kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia.

Untuk sekadar info, Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly mula dikenali ketika menyertai program Akademi Fantasia pada tahun 2015. Menerusi program tersebut, Syamel berjaya merangkul gelaran naik juara. Kini, selain bergelar seorang penyanyi, Syamel juga bergelar komposer dan penulis lirik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976_, syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

