Artis / Selebriti
” Kau jeling mak kau yer Tuah. Tajam betul jelingannya, haha.. ” – Netizen
Video Remy Ishak Membawa Anaknya, Tuah Alam Keluar Beriadah Raih Perhatian Warganet. Amboi Tuah, Bukan Main Tajam Lagi Jeling Kat Ibu Yer. Sebijik Betul Muka Tuah Dengan Ibunya !!
Umum mengetahui pada bulan Julai lalu, pelakon Remy Ishak telah dikurniakan seorang cahaya mata. Perkongsian berita gembira itu dikongsikan oleh Remy sendiri di akaun Instagram dengan mengatakan yang isterinya, Roszaliza Yusof atau mesra dipanggil Ezza selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan.
Memilih nama sebagai Tuah Alam buat putera sulung, pasangan ini mengambil masa beberapa bulan untuk merahsiakan wajah Tuah Alam sehinggalah beberapa hari lalu, Remy serta Ezza berkongsi buat pertama kalinya wajah Tuah buat tatapan ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Remy, dikongsikan video yang memaparkan Remy sedang membawa Tuah keluar beriadah. Tulis Remy di ruangan kapsyen mengatakan membawa Tuah untuk mengenali dan menghargai alam semula jadi.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang terhibur melihat gelagat spontan Tuah menjeling ibunya. Malah ada yang juga mengatakan wajah Tuah sangat mirip dengan Ezza. Sehingga kini, video Tuah ini menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video Tuah, ramai yang turut mendoakan yang baik-baik buat Tuah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kau jeling mak kau yer Tuah. Tajam betul jelingannya, haha.. Sebiji muka maknya.. Orang tua2 cakap sejuk anak lelaki muka copy mak.. “
” Tuah tau dak pak dia hero malaya, gurau gurau je na..Semoga mmbesar dgn sihat ye Tuah.. Mnjdi ank yg soleh buat ibubpa ye.. “
” Kemain tajam jelingan dak Tuah kat ibu dia.. Kecik2 dah macho muka Tuah ni.. Semoga Tuah jadi anak yang baik ya sayang.. “
” Sorry ayah, mmg totally muka bonda ni hehehe.. Comel sangat video ni.. Tuah anak yang baik, suka je dia ayah bawa jalan2.. “
” Alamdulillah.. Dulu seorg.. Berdua.. Kini dah bertiga.. Tumpang happy tengok kehidupan keluarga kecil ni.. Smg Tulah member dgn sihat.. “
” Hahaha dia jeling je bonda dia bila dapat kat ayah, hahahahaa.. Bertuah betul anak.. Memang copy paste bondal lah Tuah ni.. “
” Comelnya Tuah, kita yang tengok pun jadi ger4m.. Sedap nama anak Remy ni, lain dari yang lain.. Semoga Tuah jadi anak yang soleh, amin.. “
Alahai comel sungguh jelingan Tuah tu. Muka Tuah saling tak tumpah seperti ibunya. Nama Tuah sangat bermakna dan klasik. Semoga Tuah Alam terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya, InsyaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG remyishak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



