Artis / Selebriti
” Kebahagiaan yang sebenar, sejuk perut mak ayah.. ” – Netizen
Kongsi Video BBQ Bersama Ibu Dan Ayahnya, Perkongsian Syafie Naswip Dapat Pujian Peminat. Sweet Sangat Cara Ayie Melayan Dan Gembirakan Hati Orang Tua, Terbaiklah !!
Karier seni pelakon berbakat besar, Syafie Naswip bermula sejak masih kanak-kanak lagi. Bintang filem Muhksin ini kini sudahpun dewasa dah namanya sudah tersohor dan menjadi sebutan peminat. Tidak hanya karier seninya, kehidupan peribadi Syafie juga kerap kali mencur1 perhatian peminat.
Hasil tinjauan kami di Instagram Syafie, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Syafie meluangkan masa bersama ibu dan ayahnya. Syafie sememangnya akrab dengan ibunya yang dipanggil Monica. Syafie juga sering menyebut keluarga adalah keutamaannya.
Dari kapsyennya, Syafie memberitahu mereka membuat makan-makan barbeque di rumahnya. Walaupun rumah bujang, namun kekemasan ruang luar rumah Syafie nampak menarik. Syafie turut menghias ruang ini dengan lampu LED untuk menceriakan lagi suasana.

Bukan itu sahaja, Syafie dan kedua ibu bapanya ini turut menyanyi bersama-sama. Indah sungguh layanan Syafie dan caranya menghargai kedua orang tuanya ini menarik perhatian peminat. Suka betul Syafie mengusik ayahnya dan suara Syafie juga sedap didengar.
Jom tonton video di bawah :
Cara Syafie bermesra dengan kedua ibu bapanya ini meraih perhatian peminat. Nampak gembira sekali orang tuanya dan antara komen-komen mereka :
” Ad0h Syafie Naswip, bertuahnya parents you. What a good boy.. ” – Puan Sri Tiara Jacquelina
” Wow bestnya, golek-golek lagi sweet sangat Ayie. Bagus jaga mak, syurga buat adek. Tahniah Ayie.. “
” Beautiful family, Masya Allahula Quataillabillah. membahagiakan ibu bapa itu adalah salah satu perkara yang paling “dalam” dlm makna hidup.. “
” So sweet Ayie, moment terindah ni. Sejuk perut mak ayah.. seorg anak yg pandai menjaga hati dan selalu memberi kebahagiaan pd kedua ibubapa.. beruntung sgt.. “
” Seronok tengok awak layan mak dan ayah. baiknya kamu anak, alhamdulillah happy ibu dan ayah. Ayie anak yang sangat baik, barakah hidupnya nanti.. “
” Bahagianya membahagiakan ibubapa. nanti carilah pasangan yg boleh menerima kedua ibubapa mertua mcm ibubapa sendiri insyallah bertambah2 bahagianya.. “
” Jangan kau berubah sampai bila2 dek. walau kau dah berkahwin sekali pun. Allah mashaAllah, seronok makcik tgok family ni. Kebahagiaan yang sebenar, so sweet.. ”
” Wah, siap ada lampu kelip².. dah mcm nak sambut raya. Bahagia nya it’s so lovely, beruntung sangat kedua ibu bapa Ayie.. “

Kebahagiaan ibu bapa dan melihat mereka gembira itu adalah impian semua anak-anak. Selalu disebut, redha kedua ibu bapa adalah kunci kebahagiaan untuk seorang anak. Semoga Syafie sentiasa menjadi anak yang soleh dan dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syafie Naswip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

