Artis / Selebriti
” Kecil-kecil suara dah sedap. Suara husky tu, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean menyanyi lagu Afgan, Sampai Jumpa secara live di raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Ayden, serak-serak basah. Menyanyi pun feel sangat..
Hari ini, penyampai intern Era FM, Bella Astillah membawa anak sulungnya, Ayden Adrean ke studio Era. Ayden juga turut ke udara bersama Nabil, Radin dan Pak Azad pada slot 3 Pagi Era. Kehadiran Ayden disambut dengan penuh kegembiraan oleh team Era.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ayden menghiburkan semua dengan satu nyanyian. Ayden memilih lagu popular dendangan penyanyi negara jiran Indonesia, Afgan berjudul Sampai Jumpa.
Bagi yang mengikuti perkembangan Ayden, pastinya sudah sering mendengar suara Ayden menyanyi. Ayden memiliki suara husky yang sedap didengar. Sebagaimana Bella, Ayden juga berbakat dalam bidang nyanyian dan seorang yang berjiwa kental.

Nyanyian oleh Ayden itu mendapat pujian daripada warganet yang menonton video ini. Ayden peminat cilik Afgan sama seperti Bella yang sangat meminati Afgan. Ayden memang banyak copy paste perangai Bella, semua benda boleh dilakukan oleh Ayden.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hebat Ayden.. sedap juga suara ayden.. dah dua-dua DNA SENI.. buatlah lagu kanak-kanak untuk dia.. “
” Ayden seorang yang bersemangat tinggi macam mummy nya suka berusaha insyaallah Aamin dipermudahkan segala untuk ayden menjadi anak yang Soleh.. “
” Eh suara husky, bestnya dengar.. merdu suaranya.. Ayden anak baik dan bijak , hasil didikan bellaastillah dan family.. “
” Semoga Ayden membesar menjadi penyejuk mata Mummy dia. Menjadi anak yg bijak, ahli sukan satu hari nanti.. “
” Kecil-kecil suara dah sedap, aku ni yg dah tua pun katak tak nak dengar suara aku.. macam suara tita love.. “
” Amboi dia tu.. Semoga Ayden membesar jadi anak yang soleh. Bakat ayden mmg diwarisi drp kedua ibu bapa yg mmg penyanyi. Moga berjaya jd anak bijak soleh ye ayden.. “
” Ayden ni berbakat dan berjiwa besar macam mummynya.. dia sulung yang melihat mummy nya berjuang untuk besarkan dorang adik beradik.. “
Ayden memang berbakat menyanyi dan ada suara yang unik. Sekiranya bakat Ayden ini terus digilap, tidak mustahil Ayden juga boleh menjadi bintang yang bersinar kelak. Apa-apa pun, semoga Ayden membesar menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

