Artis / Selebriti
” Kejapnya besar Musa sayang. Comel sangat.. ” – Netizen
Noh Salleh Kongsi Video Anak Angkatnya, Musa Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Wajah Musa, Dah Pandai Bercakap Musa. Comel Je Nama Panggilan Musa Pada Noh Tu, Klasik !!
Bagi peminat setia Noh Salleh atau sebelum ini dikenali sebagai Noh Hujan, pastinya tahu Noh mempunyai seorang anak angkat bernama Musa. Anak kecil ini diambil ketika Noh masih lagi bergelar suami kepada Mizz Nina dan kehadiran Musa membawa kegembiraan kepada mereka berdua.
Setiap kali gambar Musa dikongsikan, pastinya wajah Musa ditutup dengan emoji dan ini membuatkan peminat ternanti-nanti bila agaknya Noh akan menunjukkan wajah Musa. Meninjau entry terbaru Noh di akaun Instagramnya, satu video terbaru Musa telah pun dikongsikan.
Dalam video ini, wajah penuh Musa dapat dilihat dan lebih membuatkan warganet teruja apabila Musa sudah pandai memanggil Noh dengan gelaran ‘ bapak ‘. Sudah besar Musa, langkahnya juga semakin ligat ke sana dan ke mari. Tergelak sahaja Noh mendengar Musa memanggilnya bapak.

Ianya memori yang indah untuk setiap ibu atau bapa apabila anak pandai menyebut ibu atau ayah. Melihat tubuh kecil membesar sejak dari bayi sehingga lah sekarang sudah pandai berjalan, tentu banyak video yang dirakamkan oleh Noh untuk kenangannya bersama Musa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Noh ini telahpun mendapat lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kejapnya besar Musa sayang. Anak bapak ni, comel sangat Musa.. Handsome boy.. SubhanAllah Musa.. ”
” Awww, such a big boy dah Musa.. Alolo Musa, comel panggil bapak tu. Semoga sihat selalu Musa.. ”
” Kiut Musa, salam Aidiladha Mohammad Noh Salleh, musa dan keluarga.. Musa my little brother yang cute.. ”
Akhirnya dapat juga melihat wajah Musa dan suaranya memang cute sama seperti wajahnya itu. Alahai sejuk hati Noh mendengar Musa memanggilnya bapak. Tentu Musa akan menjadi geng bapak paling kamcing apabila Musa besar nanti, boleh jadi geng karoks bapak juga.

Semoga Musa menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya, membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang membanggakan dan terdidik dengan nilai murni dan budi pekerti yang tinggi. Next time boleh lah Noh kongsikan lagi video Musa yang lebih panjang lagi ye.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noh Salleh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

