Artis / Selebriti
” Kena record ni, memang tak pernah nampak dia buat macam ni.. ” – Intan Ladyana
Video Intan Ladyana menyakat suaminya ketika Harris Alif mahu melipat pakaian buat warganet terhibur. Terdiam Harris dibuatnya. Macam tu je Intan pecah rahsia dia, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik inayahbeautytrading, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon popular, Intan Ladyana bersama suaminya, Harris Alif sedang menjalani sesi penggambaran untuk sebuah produk. Kehadiran pasangan sama cantik sama padan ini mencuri perhatian ramai dan membuatkan suasana penggambaran bertambah meriah.
Namun begitu, apa yang paling mencuit hati adalah telatah Intan yang sempat menyakat Harris ketika suaminya itu cuba melipat pakaian. Dengan nada berseloroh sambil tersenyum, Intan berkata Harris sebenarnya tidak pernah melakukan kerja seperti itu dan situasi tersebut wajib dirakam.
Tidak cukup dengan itu, Intan turut ‘membongkar rahsia’ suaminya apabila memberitahu Harris hanya tahu meletakkan baju sahaja, tetapi tidak pandai melipat pakaian. Kata-kata Intan itu membuatkan semua yang berada di lokasi penggambaran ketawa. Malah Harris sendiri hanya mampu tersenyum malu mendengar usikan isterinya.

Gelagat spontan pasangan ini membuatkan ramai terhibur dan rata-rata peminat suka melihat hubungan mereka yang nampak begitu santai dan penuh gurauan. Ramai mengatakan kemesraan serta sikap sporting Intan dan Harris menjadi salah satu sebab pasangan ini sentiasa disenangi ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka melihat kebahagiaan pasangan ini dan. Antara komen-komen menarik adalah tersebut adalah :
” Happy tengok lntan bahagia bersama Haris.. Bonda doakan semoga Intan dan Haris bahagia hingga akhir hayat.. “
” Suka tgk 2org ni… Happy jerr.. Intan sekarang makin cantik lah.. Semoga bahagia² sllu, suka tgok psgan ni.. “
” Biarlah apa org kata.. As long suami baik dan sentiasa tlg isteri.. Kan.. Semoga Intan dan Harris bahagia hingga ke syurga.. “
” Lelaki green forest tak sempat nak marah uii.. Serupa wajah dorang ni.. Patut lah berjodoh.. Moga2 kekal hingga ke akhir hayat.. “
” Intan cantik sangat, memang padan dengan Haris.. Haris nampak so matured dengan style rambut macam tu.. “
” Benci btul time nak marah tu la dia tgh rajin.. Tak yah pakai ketat pun nampak kuruuuusss tu.. Lawa Intan.. “
” Dulu dengan sekarang sama je muka, manisss.. Tak fokus tengok video, fokus tengok Intan.. Muke dia cantik je tak mamah di usia, suke tengok.. “
Perkongsian video tersebut juga menerima pelbagai komen positif daripada warganet. Selain terhibur melihat telatah mereka, ramai turut mendoakan agar rumahtangga Intan dan Harris terus bahagia, kekal harmoni serta dipenuhi kasih sayang sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG inayahbeautytrading, intanladyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

