Artis / Selebriti
” Kenangan Aidilfitri nasib tak diruqiyahkan kita.. ” – Anne Ngasri
Video Sesi Bersalaman Datin Anne Ngasri Dan Suaminya, Dato’ Sumali Di Pagi Raya Buat Ramai Terhibur. Wah, Tebal Betul Duit Raya Anne Dapat Tapi Macam Kena Prank Je Tu. Kuat Menyakat Dan Kelakar Juga Dato’ Sumali Ni Rupanya, Haha !!
Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri, pastinya ada sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Menerusi akaun Instagram, Datin Anne Ngasri telah memuatnaik sebuah video ketika Anne memohon maaf terhadap suaminya, Dato’ Sumali.
Ketika bersalaman Anne telah memohon maaf segala silap dan salah sepanjang menjadi isteri kepada Dato’ Sumali. Nampak panjang sungguh ayat Anne ketika memohon maaf dan tidak lupa juga kucupan buat suami selesai bersalam-salaman.
Dato’ Sumali kemudiannya memberikan sampul duit raya kepada Anne, nampak begitu tebal duit di dalam sampul. Tetapi apabila dibuka oleh Anne, duit yang tebal tersebut merupakan seikat wang RM1. Walaupun demikian, Anne tetap memanjat rasa syukur.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Anak Anne juga sempat meminta Anne membelikan mainan apabila melihat ibunya menerima sejumlah duit raya. Janji tebal ye Dato’, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat pasangan suami dan isteri ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Haha.. biasa nya si anne ni yg dramaaa.. bila masa pulak To’ Moly pun pandai drama nih? Tebal nampaknya sampul duit tu belanja sikit.. “
” Hahahha comei sgt dik… selamat hari raya.. lucu Datin. dpt angpau terus lariii haha. Dato’ pon dh pandai blakon kn.. “
” Tgk ulangkali..dedua kelakar lerve la.. haha ingt kaler purple kua sampul kaler biru.. tkpe rezeki jgk tu.. Hahaaa.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. “
” Adaaa adaaa .. lagi .. ada .. banyak lagi .. semalam tu … Allaah .. Hahaha comel jer… semoga kekal bahagia hingga ke syurga Aamin.. “
” Dato pn dh berjangkit dgn sis skrg ni..pndai dia berjenaka .. kabo ke dato ku pun nak duit raya.. lom ape2 dah mommy belanja mainan.. “
” Banyak tu.. sebundle.. Selamay Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat Datin sekeluarga.. Azmir dah dah bermaafan ke blm dgn Tok Molly ek.. “
” Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin annengasri_official alya’ srh pesan pd uncle molly kirim sampul raya pd daddy.. “
Nampaknya Dato’ Sumali sudah pandai bergurau dan semakin kelakar. Tak pernah lagi dibuat orang memberi duit raya seikat wang satu ringgit. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



