Artis / Selebriti
” Kenapa ni Mimi, sedih lah baca.. ” – Netizen
Selepas Tersebar Berita Pernikahan Tidak Jadi, Perkongsian Terbaru Mimi Lana Buat Peminat Sayu. Moga Semuanya Baik-Baik Untuk Mimi Dan Syafiq !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, Mimi Lana diraikan dalam sebuah majlis oleh sahabat-sahabat baiknya sempena majlis pernikahan Mimi dan Syafiq Kyle yang bakal diadakan pada bulan ini. Namun tiada angin dan r1but, tiba-tiba sahaja tular berita tentang majlis ini dibatalkan.
18 Ogos adalah tarikh Mimi dan Syafiq bakal disatukan dan hanya berbaki satu minggu sahaja lagi. Tiada sebarang penjelasan daripada pihak Mimi mahu pun Syafiq setakat ini, namun perkongsian terbaru Mimi seakan memberi bayangan akan situasi yang melanda Mimi dan Syafiq.
Meninjau akaun Instagram Mimi Lana, telah dimuatnaik sekeping gambar Mimi sedang mengangkat tangan berdoa bersama beberapa orang yang lain. Apa yang menarik perhatian warganet adalah ungkapan yang dicoret oleh Mimi di ruangan kapsyennya itu.

Antara yang ditulis oleh Mimi adalah doa agar dirinya dan si dia dirahmati oleh Allah, diberikan kesabaran untuk melalui segala dugaan yang datang dan diberi kekuatan untuk semua yang bakal terjadi. Sayu pula membaca coretan Mimi kali ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet dan juga rakan artis :
” Kakak loves you sayang, always here for you. Stay strong, pel0k c1um.. ” – Fazura
” Amin semoga Allah permudahkan semuanya untuk you guys.. sending you hugs and k1sses.. love you mimi.. ”
” Amin Ya Rabb, stay strong Mimi.. Semoga dipermudahkan segala urusan buat kalian, Insha Allah.. ”
” Hope everything will be okay.. Semoga dipermudahkan buat korang berdua.. He Knows Best… saya mimi sangat-sangat.. ”
” Amin amin… Alhamdulillah ‘ala kulli haal.. semoga dipermudahkan segalanya to both of u and syafiq.. ”
” Aaminn…. Kalian Merancang Dan Allah juga Merancang tapi yg pastinya perancangan Allah itu lebih baik Dan Ada hikmahnya.. ”
” Kenapa ni Mimi, sed1h la baca.. Semoga yang baik-baik .. saya salah seorang fans yang tunggu majlis mimi dan syafiq kyle.. ”
Hanya Mimi dan Syafiq sahaja yang tahu apa yang terjadi sekarang dan mungkin mereka memerlukan masa untuk meleraikan permasalahan ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Mimi Lana dan Syafiq agar segala yang dirancang dapat diteruskan.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Mimi Lana, IG Syafiq Kyle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

