Artis / Selebriti
” Keychain ni memang hyperaktif ke, dah macam terenjat kena letrik je Bell.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri mencuba trend terbaru Gen Z buat ramai terhibur. Seksa betul tengok gaya Bell buat tu. Kelakar sungguh..
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bell cuba membuat video trend terbaru Gen Z buat ramai warganet berasa terhibur. Video trend tersebut merupakan trend ‘keychain’ yang kelihatan comel.
Video trend ini sudah banyak dikongsikan di media sosial dengan pelbagai gaya. Tapi untuk trend yang ditiru oleh Bell ini lebih menghiburkan. Ini kerana pergerakan Bell tanpa henti dengan mimik muka yang kelakar membuatkan ramai terhibur.
Walaupun sudah berusia 45 tahun, namun Bell tetap berjaya menjadi satu ‘keychain’ yang comel. Semestinya ketika merakamkan video ini sambil bergelak ketawa. Kalau dengan Bell sangat sukar untuk kelihatan serius. Menari macam ni pun kelakar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai selebriti yang telah cuba membuat video trend ini. Antaranya Ernie Zakri, Nora Danish, Bella Astillah, Heliza Helmi dan ramai lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hahahhah jadiii . Btul2 mcm nk tendang bola dia buat . Org buat mcm nk lari jeeee. knp keychain ni tlajak aktiff sgt.. “
” Dah macam terenjat kena karen je bell. xmemasal kopi haku tersembur pepagi nii.. dia ni kalau x buat orang ketawa x sah.. “
” Bell bukan Gen Millennials.. Bell Gen X! muke bell x bole blah…..beg plstik itam yak yak yeah. ingat hp problem bergegar tgk2 key chain problem.. “
” Kena lambong ni karang. beso kecik beso kecik je ni nmpak. jauh benar rantai keychain halimunan kot,kita tak nampak .. “
” Eee gewammmm hahaha pecah la bang. keychain ni mmg hyperaktif ke.. hentam la..jangan terlentang sudah. jem betoi la bell ni.. “
” Tapi saya tengok bang bell macam gen Z je. Beli saya keychain ni.. Boleh COD? dah macam apa je aku tengok ko ni bell .. “
” Ini vampire sume gen dia boleh jadi. apasal dia yang nak masuk 5 Siri ni buat lebih comel Dari gen z.. Awat keychain ni x reti dok diam.. “
Trend keychain yang kini viral di TikTok menunjukkan betapa kreatifnya komuniti dalam mencipta gaya dan ekspresi diri. Dari idea yang kelihatan ringkas, ia berkembang menjadi satu fenomena digital yang menarik perhatian ramai. Trend ini mengingatkan kita bahawa di dunia media sosial, kreativiti dan penglibatan pengguna sering menjadi faktor utama yang menentukan apa yang seterusnya viral.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

