Artis / Selebriti
” Khaleeda dah 9 bulan, dekat dalam ni dah nak masuk 8 bulan.. ” – Fizo Omar
Perkongsian Fizo Omar Mengenai Kandungan Kedua Isterinya, Fazeera Nazri Raih Perhatian Peminat. Wah Ini Memang Betul-Betul Rapat, Rezeki Betul. Abe Joe Siap Beritahu Jantina Bakal Baby Lagi. Tahniah Abe Joe, Alhamdulillah !!
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Fizo Omar ada memaklumkan kepada semua tentang berita gembira kehamilan kedua isterinya, Fazeera Nazri. Pasangan ini telahpun dikurniakan seorang bayi perempuan comel yang diberi nama Wan Khaleeda.
Meninjau akaun Instagram Fizo dan Fazeera, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan Fizo, Fazeera dan Khaleeda berada di sungai. Fizo menzahirkan rasa syukurnya kerana tidak lama lagi bakal mendapat bayi lagi.
Kata Fizo, Khaleeda sudah 9 bulan usianya manakala bayi dalam kandungan Fazeera pula akan cukup 8 bulan usianya. Wah betullah kata Fizo sebelum ini, tidak jauh jarak umur Khaleeda dan bakal adiknya itu.

Rezeki betul Fizo kali ini, bakal mendapat seorang lagi bayi perempuan, ini amanah yang perlu dipikul oleh Fizo. Sempat Fizo mengusik Fazeera dengan mengatakan Daddy kena usaha lagi untuk dapatkan geng, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semua duk berkira-kira haha. Oh my… bila dgr dekat sgt “date” tue.. ser4m ng1lu rasa… btw, semua org x sama kan… semoga dpermudahkan urusan & lahirkan umat Nabi Muhammad yg solehah.. “
” Alhamdulilah, seronok sebenarnya anak ramai dan rapat rapat ni. Kita yang tahu kemampuan badan kita, so kalau rasa badan sihat bertenanga, jalab terussss saja faz. Hehehe.. “
” Ser4m jgk dgr… maybe dia bersalin takde jahit hehe. Lagi satu boy dah boleh tutup kedai. Tapi family planning lagi baik lah dekat sangat jarak nye tu.. “
” Alhamdulillah takpe girl pun janji sihat. Tahniah Fizo dan Isteri. Saya pun anak rapat dah macam kembar.. rezeki Allah.. “
” Fuh ngam-ngam abis pant4ng in terus.. rezeki betullah Allah bagi anak ramai. girlll ramai bestt tp tgokla sma2 gad0h tu yg buat meriaahh.. “
” Bagusnya dorang ni tak ade nak konon-konon gender baby rahsia-rahsia bagai.. low profile ja.. alhamdulilah ada princess ramai2 tahniah abg joe.. “
” 3 princess, congratulations Fizo dan Fazeera. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk bersalin nanti.. “

Alhamdulillah bertambah meriahlah rumah Fizo ada baby girl lagi. Nampaknya Daddy kena standby teman princess beli barang makeup lah nanti, hehe. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Fazeera melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar, IG Fezyra Nesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

