Artis / Selebriti
” Korang memang power, sekelip mata lagu tu diubah jadi lagu dangdut.. ” – Netizen
Video Keadaan Chaan Dan Leman Band Di Belakang Stage Semasa Elly Mazlein Tiba-Tiba Menukar Lagu Aku Cinta Aku Rindu Versi Dangdut Ketika Berduet Dengan Ajai Buat Ramai Terhibur. Fuh Kali Ni Memang Semua Standby Lagi-Lagi Si Drummer. Mantap Lah, Semua Dah Pro, Senang Je Masuk Key !!
Ahad yang lalu, rancangan realiti hiburan Big Stage musim 5 telah pun memasuki minggu separuh akhir. Antara coretan minggu lalu yang viral adalah persembahan nyanyian daripada Ajai dan Elly Mazlein. Ramai yang tidak menyangka Ajai akan menjadi sporting sebegitu.
Dalam keriuhan di atas pentas, musician team iaitu Chaan dan band Leman memainkan peranan yang cukup besar. Kepakaran semua dalam team ini bermain alat muzik masing-masing dan kepekaan Chaan sebagai ketua membuatkan program Big Stage berjalan dengan lancar.
Meninjau akaun Instagram Penn Pen, telah dikongsikan keadaan di belakang pentas ketika Kak Lina tiba-tiba mengulangi chorus lagu Aku Cinta Aku Rindu. Mujur lah drummer sudah standby dan aksi drummer ini mencuit hati warganet yang menonton.

Memang kena ready, bukan boleh main-main dengan Kak Lina Kepom ini, spontannya tidak dapat dijangka, hehe. Enjoy betul semua, habis semua Leman Band ‘tapau’ minggu ini. Yang muzik lagu balada terus bertukar jadi dangdut pun best dengar.
Jom tonton video di bawah :
Terhibur sungguh warganet melihat keadaan team Leman di belakang pentas ini. Memang kena ready sebab Kak Lina selalu buat hal spontan sesuka hati. Antara komen-komen yang diberikan :
” Nasib drummer standby ek hahaha dengan muka get ready nye tu haha.. kak lina gelak cm ape ek. puas dgr dia ketawa. tp aku xbosan tgk berkali2 scene tu.. ”
” Wei ni yang aku tunggu-tunggu .. haha.. stanby je erk korang… terbaik lah.. Jenk memang dah stanby dah hehe.. hasil dr drummer yer auto jd dangdut.. ”
” Spontan tetiba jadi dangdut haha.. Memang hebat lah band Leman ni, dah pro senang je masuk key dangdut.. muka masing-masing memang stanby haha.. ”
” Drummer paling comel haha.. Ajai r0sak time ni haha.. chaan pun pen1ng. tiap-tiap minggu ada je yang kak lina buat haha.. ”
” Musician ni boleh mintak payment lebih dah haha.. Tabik spring dengan team ni memang peka segala kesul1tan.. so sweet.. ”
” Jenk Ali dan stanby awal haha. Senak perut asyik gelak je.. lagu ajai didangdutkan.. but terbaik you all semua.. good job.. ”
” Yang ditunggu-tunggu akhirnya dapat tengok.. didangdutnya lagu ajai, kak kepom ni betul lah.. jadi lagu dangdut pun best.. ”
” Korang memang power sekelip mata lagu tu diubah jadi lagu dangdut… Tu belum lagi ubah jadi lagu rock haha.. ”

Lawak betul lah gelagat team musician bila kena main muzik secara tiba-tiba. Kalau tak alert, muzik tak akan ‘masuk’ dengan lagu Kak Lina Kepom tu. Apa-apa pun, Leman Band memang terbaik dan antara kekuatan Big Stage. All the best Leman Band untuk konsert final pula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Penn Penn, IG Astro Gempak, Tiktok PennBassChannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

