Artis / Selebriti
” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
Video Ezwan Zain kongsi cerita mengenai bakal isterinya, Erra Fazira raih perhatian ramai. Fuhh, betul-betul rare dan limited edition lah Erra ni. Awal-awal tu Ezwan ingat Erra menipu. Punya lah tak percaya, hehe..
Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira mengumumkan bahawa dirinya bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau sebelum ini dikenali sebagai ‘Mr E’ pada 12 Disember ini. Pengumuman gembira itu dikongsikan primadona filem Melayu itu sebentar tadi semasa majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi yang juga merupakan lagu tema perkahwinan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram kasionzchannel, satu video telah dikongsikan yang memaparkan Erra dan Ezwan menjadi hos dalam sebuah rancangan. Menerusi video tersebut, Ezwan mendedahkan bahawa Erra sebenarnya tidak mempunyai aplikasi WhatsApp.
Menurut Ezwan, pada awalnya dia agak sukar mempercayai kenyataan itu dan tertanya-tanya sama ada Erra sebenarnya menipu. Bukan itu sahaja, Ezwan juga memikirkan bagaimana cara untuk menghubungi Erra. Secara spontan, Erra menjelaskan bahawa dirinya seorang yang ‘rare’ kerana tidak menggunakan aplikasi WhatsApp.

Namun begitu, Erra turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya mempunyai tiga telefon, dan salah satunya mempunyai aplikasi WhatsApp, tetapi dia tidak menggunakannya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan mencuit hati ramai yang menonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut menitipkan doa agar segala urusan pasangan ini untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah tahniah.. Semoga Allah mudahkan smua urusan, semoga bkekalan smpi hujung nyawa aamiin yra idol myErra.. “
” Bahagia hidup dia biar dia tentukan. Allah lebih tahu who deserves her love.. Tahniah Erra dan Ezwan, semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.. “
” Dahsyat ekkkk takde whatsapp nihhhh, hahaha betul2 rare lah Erra, ahahahaha.. Macam tak percaya pun ada, zaman sekarang tak guna WhatsApp.. “
” Alhamdulillah tahniah.. You deserve happiness Kak Erra.. Moga perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.. “
” Semoga Allah permudahkan semuanya pd 12 dec nanti.. Tumpang happy dengar Erra nak kahwin.. So happy sangat.. “
” Sama cantik sama padan pasangan ini. Alhamdulillahh tahniah primadona Erra.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. “
” Hahaha sekepala nmpkkk.. Macam bestt walaupun baru tunjuk vd pendek.. Tak sabar nak tengok video full.. “
Gelagat Erra dan Ezwan dalam video tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah menyerlahkan sisi peribadi mereka yang santai dan mesra. Apa-apa pun, ramai yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan harmoni menjelang hari perkahwinan mereka. Semoga segala persiapan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasionzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

