Artis / Selebriti
” Kreatif betul, boleh jadi national costume Miss Malaysia pertandingan Miss Universe.. ” – Netizen
Video Penampilan Elly Mazlein Dalam Rancangan The Masked Singer Malaysia Cur1 Perhatian Ramai. Wah Bukan Biasa-Biasa Baju Yang Kak Lina Pakai, Kreatif Betul !!
Kalau sebut sahaja nama Elly Mazlein pasti akan terbayang perangainya yang kelakar dan mencuit hati ramai. Bukan sahaja bergelar seorang penyanyi dan pelakon, kini Elly turut menjadi pengacara pelbagai program televisyen serta penyampai radio.
Elly merupakan salah seorang juri dalam rancangan The Masked Singer Malaysia. Setiap minggu, juri akan mengenakan baju mengikut tema yang ditentukan. Sebelum ini, Elly tampil dengan solekan serta gaun pengantin seperti yang dipakai oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza pada hari perkahwinannya telah menjadi perhatian warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Elly berkongsi video yang memaparkan dirinya disolek dan baju yang dipakainya pada minggu ini bertemakan ‘ Sukan di Malaysia ‘. Sangat menarik dan lain daripada yang lain kerana baju Elly mempunyai kostum harimau di belakang.

Ada peminat mengatakan penampilan Elly pada minggu ni sangat kreatif dan luar biasa. Kata mereka lagi, Elly layak menyertai national costume Miss Malaysia dalam pertandingan Miss Universe. Sehingga kini posting ini telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan wargnet dan rata-rata mereka menyukai kostum yang dipakai oleh Elly. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia jadi harimau pulak hahaha. Kreatif betul, boleh jadi national costume Miss Malaysia pertandingan Miss Universe.. “
” Mak aiiii.. Dia bawak rimau.. Tak pernah tak lawa Kepom.. No syatuuuu tiap mggu mesti nak tgk Kepom letoppppp sangat.. “
” Kalau next TMSM ada maskot Harimau mengaum ni kompom kak kepom kan, hahahaha dah nampak macam tgh bagi hint. hehe.. “
” Dah mcm miss world Kak lina, Best costume, memang no syahtuuuuu arr.. Menarik tengok, cantik sangat makeup Kak Lina.. “
” Fuuhhhh.. Garang nau tengok.. Nak tanya, Pakcik Jalal berapa anak ni.. Asyik anak dia je kawin tiap minggu, hahahaha.. “
” Berat tak harimau tu haha… Jaga2 takut harimau tu keluar saka pula, hahahahaha.. Btw memang cantik sangat penampilan Kak Lina.. “
” Kreatif betui.. Bawa Rimau lagi aummm.. Wow, no syatu sangat ni.. Malam nanti mimpi arimau.. kita tak tahu hehehehe.. “
Untuk sekadar info, The Masked Singer musim ke 4 disertai oleh 14 maskot. Setiap maskot tampil dengan persembahan nyanyian yang menarik serta membuatkan penonton tertanya-tanya gerangan identiti penyanyi di sebalik topeng misteri itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



