Artis / Selebriti
” Laa ingatkan pembaca berita Awani tadi. Rupanya Suri Ummi Nazeera, superb la.. ” – Komen Netizen
Video Ummi Nazeera membacakan berita mengenai drama lakonannya, Andai Tiada Dia di Buletin Awani raih pujian ramai. Wah ada bakat jadi penyampai berita lah Ummi ni. Dah macam profesional sangat..
Tirai drama fenomena Andai Tiada Dia bakal berlabuh malam ini. Setelah 35 episod bersiaran, episod ke 36 nanti bakal menyaksikan pengakhiran untuk Suri, Haikal, Falah dan Intan. Keempat peneraju utama watak dalam Andai Tiada Dia ini berjaya membuatkan penonton terkesan dengan lakonan hebat mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram 501awani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ummi Nazeera hadir ke bilik berita Buletin Awani. Kehadiran Ummi adalah sebagai penyampai berita undangan dan Ummi membacakan berita mengenai drama hangatnya itu.
Siapa sangka, Ummi mempunyai bakat sebagai penyampai. Gaya dan cara Ummi yang bersahaja itu menambat hati ramai. Ummi turut memaklumkan malam ini bakal terjawab segala teka teki penonton samada Suri akan kembali rujuk bersama Haikal atau tidak.

Nasib Intan juga bakal diketahui malam ini dan pastinya ini antara yang dinanti-nantikan penonton. Adakah Intan yang penuh dengan hasad dengki dan banyak mengkhianati kakaknya sendiri itu bakal menerima pembalasan yang tragis daripadaNya dan terus hidup terseksa.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap sey Suri baca berita.. Suri tak jadi cikgu dah.. comel ek.. Aku stop scroll tgok awani sbb awat cantik sangat pembaca berita rupa rupanya Lahhh.. “
” Cik pemberita.. sy nak bgtau, selama cite ni main, sy malam tak ke mana2, sbb taknak terlepas,tapi mlm td sy pegi umah akak sy.. nak tgk ramai2, dalam 10orang tu.. sy sorang je berjurai2 air mata.. yg lain air mata berlinang je nak cover, sy sampai keluar hingus.. “
” Wahhh luar biasa sungguh fenomena ni, tahniah Cikgu Suri dari Cikgu ke news reader.. dah tukar bidang terus.. “
” Kehilangan Falah siap masuk Awani. 1 Malaysia terasa kehilangan Falah ni.. thank you andaitiadadia sebuah naskah hebat. sungguh lama xmenonton drama melayu yg ada impact sebegini.. “
” Tukar kerjaya eh Suri.. Lepas falah takde, suri berhenti jadi cikgu. Tukar jadi pembaca berita pulak sebab nk move on.. Kejap lagi Dr Izzar pulak baca berita dekat IG dia haha.. “
” Laa saya ingat pembaca berita awani tadi rupanya suri umminazeera superb la ad bakat boleh jd pmbaca berita ni.. “
” Astaga comelnya Suri jadi pembaca berita.. Macam pengetua sekolah bagi sekolah dekat murid-murid.. “
Seronok juga mendengar Ummi menjadi penyampai berita. Lontaran suara dan lenggok itu membuatkan orang boleh melekat untuk terus mendengar apa yang ingin disampaikan. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal disajikan untuk penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG 501awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

