Artis / Selebriti
” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
Video throwback anak Amyza Aznan, arwah Andre Mikhail menyanyi ketika masih sihat buat ramai tersentuh. Suara Andre memang ada aura dan karakter. Suara masa sihat memang power dan penuh penghayatan..
Sehari selepas pemergian Andre Mikhail, orang ramai masih lagi memperkatakan mengenai anak sulung pelakon Amyza Aznan ini. Pemergian Andre pada bulan Ramadhan yang mulia ini dicemburui oleh ramai orang. Satu demi satu, video lama Andre menjadi tumpuan warganet.
Sebelum ini, tular video Andre menyanyi ketika dirinya sudah sakit dan kurus. Kali ini, satu lagi video lama Andre menjadi perhatian dan paparan video ini memaparkan Andre ketika masih lagi sihat walafiat. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok amyzahafv0z, video nyanyian oleh Andre itu dimuatnaik.
Andre anak muda yang berbakat dalam nyanyian dan dikurniakan suara yang lunak dan merdu. Ramai yang memuji suara Andre itu dan kata mereka, suara Andre ada karakternya tersendiri. Vokal Andre power dan boleh menyanyikan lagu tinggi dengan baik.

Tidak hanya nyanyian, Andre juga berbakat dalam bermain alat muzik. Nyanyian Andre ini diiringi petikan piano yang dimainkan sendiri olehnya menambahkan lagi rencah pada nyanyiannya itu. Video kenangan yang menjadi pengubat rindu keluarga terhadap Andre.
Jom tonton video di bawah :
@amyzahafv0z
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Innalillahiwainnailaihirojiuun berbakat. sedap suara arwah.. aku dengki dgn pemergian dia,di bulan baik,pastu redha ibu, Allahuakbar untung kau dik, Al-Fatihah buat mu dik.. “
” Siapa sangka pernah sesihat ini boleh sesakit itu. Baru tahu arwah suka muzik dan berbakat.. suara pon sedap… skrg bernyanyi di syurga al fatihah buat arwah . Pergi nya di bulan baik.. “
” Lagu fav saya, Jera Agnes Monica.. sedapnya suara arwah ni. alfatihah buatmu wahai anak syurga.. semoga di ampunkan dosa² dan di masukkan ke dlm syurga tertinggi.. Amin.. tarik ibu ayahmu nnt di sana.. “
” Pemergian yang di cemburui.. rehat ye. Awak da tak sakit lagi. Rakam la byk2 moment yg ade… bila dah xde tu jela kenangan utk kite.. “
” Pemergian kamu ditangisi oleh semua ibu2 di malaysia.. sabarlah hati wahai ibu.. ankmu menunggu mu di syurga.. suara arwah mmg ade karakter… Allah lebih sygkan dia.. “
” YA Allah, merdunya suara arwah.. hanya tinggal kenangan.. xpe mama amyza anakmu sekarang disyurga bermain dn berlagu disyurga .. ( sambil taip air mata turut bercucuran).. “
” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih.. Alaaa… sedihnya lgu nie. lgu peningalan arwah sebagai kenangan. dri bdan berisi setahun je arwah sakit terus kurus.. “
Suara yang akan selalu dirindui oleh Amyza sekeluarga. Suara yang pernah menceriakan kehidupan mereka kini tidak akan lagi kedengaran. Segala yang tinggal cuma kenangan dan rasa rindu yang tidak akan pernah padam untuk anak tersayang. Semoga arwah Andre tenang di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok amyzahafv0z
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

