Artis / Selebriti
” Lain dah suara Amad. Suara Amad dah mendewasa, semakin sedap.. ” – Komen Netizen
Video Amad Dayyan menyanyi lagu Cindai di event Tanggang : Throne of Destiny raih pujian ramai. Wah suara Amad dah pecah lah, makin sedap dan merdu..
Nama anak lelaki Siti Sairah, Amad Dayyan mula tular selepas video nyanyiannya di majlis sekolah dikongsikan oleh ramai warganet. Nama Amad terus menjadi sebutan apabila Amad menyertai program realiti Talk To My Manager dan bakat nyanyian Amad semakin menyerlah.
Selepas selesai program TTMM, Amad meneruskan perjalanan karier seninya. Banyak undangan yang diterima oleh Amad untuk pelbagai program. Salah satunya yang terbaru adalah Amad muncul sebagai penyanyi jemputan untuk Tanggang : Throne of Destiny pada 12.12.2025 baru -baru ini.
Amad menghiburkan semua yang hadir dengan mendendangkan lagu popular ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Cindai. Lagu irama Malaysia ini tidak sukar untuk Amad kerana Amad pernah menyanyikannya di pentas TTMM sebelum ini.

Namun ada bezanya pada nyanyian Amad kali ini kerana suara Amad sudah berubah menjadi suara lelaki dewasa. Lebih kasar dan garau, suara baru Amad ini tidak menjejaskan nyanyiannya. Amad tetap dengan kemerduannya dan mendayukan lagu ini dengan caranya tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
@itsojan84 CINDAI by @⚗️AMAD⚗️ #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #salomakualalumpur
@itsojan84 CINDAI by @⚗️AMAD⚗️ PART2 #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #salomakualalumpur
@itsojan84 CINDAI by@⚗️AMAD⚗️ Part Last #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #salomakualalumpur
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedapppnya amad nyanyi irama malaysiaa, harap ada lagu untuk dia pasni utk genre ni, blh tunjukkan versatiliti amad.. “
” Suara amad dah mendewasa.. semakin sedap.. suara mendayu… kata dato siti… lagu pe2 pn sedap amad nyanyi.. “
” Sedap suara Amad .. lain dh suara dia. makin power suara amad. suara camni baru lemak merdu dan mendayu-dayu. Amad dah fasa suara dewasa.. “
” Suara dah tak boleh tarik dengan selesa dah Amad tapi best.. suara Amad makin lama makin matang.. “
” Tahniah amad da bujang die ya. Moga terus maju jaya. In shaa Allah lama2 sesuai la dengan suara baru ni.. dulu merdu, sekarang pun tetap merdu.. “
” Segak sungguh amad berbaju melayu.. tengok persembahan lagu ni teringat ttmm.. tak boleh lupa grand finale… terus maju amad kesayangan ramai.. doa cekna dari jauh buat amad.. “
” Bestnyaaa Amad bwk lagu² mcm ni bila kat event.. baru happening hehe.. rindu pulak moment² dia nyanyi kat ttmm haritu.. “
Suara yang lebih garau, namun kemerduannya tetap ada. Cara Amad melenggokkan suaranya itu memang unik dan menyedapkan lagi lagu Cindai. Semoga Amad terus maju jaya tidak hanya dalam karier seni tetapi juga dalam pelajaran serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok itsojan84
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

