Artis / Selebriti
” Lama betul makcik fikir umurnya ye. Kelakar betul Rina ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah anak Maryam You Narae, Rina bermain filter ‘orang tua’ buat ramai terhibur. Part Rina bagitahu umur dia tu memang berdekah dengar. Lawak betul lah Rina ni, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim, pasti mengetahui bahawa pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Kehidupan keluarga kecil ini sering mendapat perhatian warganet, lebih-lebih lagi telatah anak sulung mereka, Rina.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik duriankimchijunior, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah Rina. Menerusi video tersebut, Rina dirakam menggunakan filter wajah orang tua dan ianya menjadikan suasana lebih mencuit hati.
Bukan itu sahaja, kedengaran suara seorang wanita bertanyakan kepada Rina mengenai usianya. Jawapan yang diberikan oleh Rina nyata menghiburkan dan membuatkan ramai tergelak kecil. Rina juga dilihat begitu pandai menjiwai dan bermain dengan karakter filter tersebut

Perkongsian video ini sekali lagi mengundang tawa warganet. Ramai yang berasa terhibur dan teruja melihat kepetahan Rina yang begitu bersahaja. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lama betul makcik fikir umurnya ye. Kelakar betul Rina ni, haha. Makcik Rina ni comel lah walaupun dah tua..”
” In to character sgt tau… Ya Allah Rina. Bijakkk sangat lah budak comel ni, hehe boleh jadi pelakon lah nanti.. “
” Makcik nyanyuk, hahahaha.. Tapi bab masak tu amboiii makcik, masak kek ok, hahahaha nenek2 tak ada gigi mana boleh makan kek , rina, haha.. “
” Comel2 terhibur nenek.. Geram pula kita tengok Rina cakap, pandai dia buat2 suara nenek, hahaha.. Cute sangat.. “
” Hahahaha dia kalau buat lawak kalah omma dia betul.. Rina ni budak cerdik lah, kalau buat kelakar, memang penat ketawa kita tengok.. “
” Makcik dh tua.. Makcik lupa nak sebut 8 kt depan.. 81.. Bukan 1 makcik oi, haha.. Masak kek yer, hebat makcik ni.. “
” Macik umo 1.. Lepas tuu mcm terlupa nk tambah.. Tak pelah makcik, tua2 makcik comel, kami semua suka makcik, haha.. “
Gelagat spontan kanak-kanak seusia Rina bukan sahaja menghiburkan, malah membuatkan ramai tersenyum tanpa sedar. Tidak hairanlah setiap perkongsian melibatkan si comel ini sentiasa mendapat sambutan hangat dan menjadi kegemaran warganet.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

