Artis / Selebriti
” Lamanya tak nampak Anita Sarawak. Tetap cantik, memang awet muda.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar terbaru Anita Sarawak bersama suaminya raih perhatian warganet. Wah lama sangat tak tengok wajah Kak Nita. Serius lah umur 72 tahun macam ni, awet muda sangat ni..
Sudah berbelas-belas tahun penyanyi tersohor Anita Sarawak menyepi dan hilang daripada radar peminat. Anita yang merupakan kakak kepada Noorkumalasari ini kembali ke Las Vegas, Amerika Syarikat bersama suaminya, Mahathir dan tiada khabar berita sejak pemergiannya itu sejak 2011.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Anita bersama suaminya itu. Gambar ini menyangkal dakwaan kononnya Anita sedang sakit yang tular diperkatakan sebelum ini di media sosial.
Menurut laporan Berita Harian online, gambar terbaru ini diperolehi oleh bekas editor hiburan, Roslen Fadzil daripada adik angkat Anita bernama Shuib Taib. Anita salah seorang yang tersenarai untuk bersama dalam sebuah konsert mega tribute buat komposer legenda tanah air, Datuk Adnan Abu Hassan.

Usaha menjejaki Anita ini demi mendapatkan persetujuaannya untuk bersama-sama dalam konsert tersebut. Malangnya Anita kekal dengan pendiriannya untuk terus bersara dari industi nyanyian dan ingin menjalani kehidupannya seperti sekarang yang lebih baik. Pastinya gambar ini mengubat kerinduan peminat terhadap pelantun lagu Akhirnya Kini Pasti itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Gambar baru ke ni ? teringin nak tengok kak nita terkini.. 72 mcm umur 30.. supplement apa dia mkn agaknya ye.. awet muda.. “
” Wow Alhamdulillah dah lama nantikan picture terkini kak nita.. tapi macam tak puas sebab sekeping je.. “
” Walaupon sedih tk dpat tgok KakNita menyanyi lagi,tp terubat juga rindu tgok gambar KakNita yang terkini. Semoga baik baik untuk Superstar kita.. “
” Itu ke wajah kak nita sekarang ? Masih seperti dulu.. terubat rindu dengan anita.. alhamdulillah.. Rindunyaaaa lejen ini, Anita Sarawak. Hope balik laaa ke Malaysia dan bina kehidupan baru di sini.. “
” Seyes lahhh 72? Nmpk mcm 50an je.. Aku tabik dgn reporter atau anyone siapa yg dpt interview dia, contact dia! BERTAHUN2 kita x dgr khabar dia.. “
” Lamanya tak nmpk dia.. tetap young memang awet muda.. cantik macam dulu.. takpe lah Hormati keputusan dia.. “
” Rindu betul dengan kak nita.. lama kak nita menghilang semua rindukan kak nita. Alhamdulillah nampak sihat dan gembira kak niat dan suami.. “
Anita menolak pelawaan untuk menyanyi dalam konsert tersebut dan memohon maaf kepada semua. Seronok warganet melihat Anita gambar terbaru Anita. Semoga Anita Sarawak terus dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira dengan kehidupannya bersama suami tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Harian, IG Anita Sarawak Fans, Portal Berita Harian Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

