Artis / Selebriti
” Lawa sangat Eyka, makeup natural berseri-seri. Baju pun cantik.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah pelakon, Eyka Farhana dan pasangannya, Akhyar Rashid curi perhatian warganet. Cantik sangat Eyka, simple tetapi elegant..
Pelakon kecil molek, Eyka Farhana telah pun mengakhiri zaman bujangnya hari ini. Setelah lama berteka-teki bilakah tarikh pernikahan antara Eyka dan tunangnya, Akhyar Rashid akhirnya ianya terjawab apabila pasangan ini sah dinikahkan pagi tadi di Ampang.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM dan Tiktok EhMalaysia dan Melodi, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Eyka sedang melangkah masuk ke dewan menuju ke pelaminnya. Eyka tampil cantik dalam busana pengantinnya berwarna putih.
Menerusi video perkongsian lain pula, moment ketika majlis ijab qabul sedang dijalankan dipaparkan. Penuh yakin, hanya dengan sekali lafaz sahaja, Eyka sah sebagai isteri Akhyar. Majlis ijab qabul itu disempurnakan sendiri oleh ayah Eyka sebagai wali.

Gelagat Eyka dan Akhyar ketika duduk di atas pelamin untuk adat batal air sembahyang juga membuatkan warganet tersenyum. Solekan Eyka dan busananya antara yang menjadi sorotan mata warganet. Berseri-seri wajah Eyka, sama cantik dan sama lawa, sepadan sangat.
Jom tonton video di bawah :
@melodiberapi Akhirnya mereka disatukan dengan sekali lafaz, pelakon @eykafarhana sah bergelar isteri kepada pemain bola @akhyarrashid tahniah Melodi ucapakan semoga berbahagia hingga ke jannah 🥰❤️🫶
@ehmalaysia Tahniah @Eykafarhana dan Akhyar Rashid yang selamat diijab kabul pagi tadi. Eyka dan Akhyar menggakan persalinan Teh Firdaus, dan Eyka disolek oleh Khir Khalid dan didandan oleh Ckay Liow. #ehmalaysia #EykaAkhyarnya
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji Eyka pada hari bahagianya ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdullilah tahniahh Eykaa and Akhyar.. patutlah HR ni 2.5.25 ramai plk tarikh ni.. cantik tarikhnya.. “
” Congratulations Hampa berdua.. Selamat Pengantin Baru Eyka Farhana.. Hari ni 2 pasangan eh jalan… pasangan sufian dan pasangan eyka.. “
” Ramai ya kahwin harini tapela kahwin la semuaaa papepun semoga berbahagia till jannah.. Tahniah Eyka Farhana dan akhyar Rashid.. “
” Cantiknye eykafarhana, makeup simple pun tetap naik seri pengantinnya… tahniah pasangan mempelai, moga ikatan perkahwinan kekal hgga ke syurga. amin.. “
” Date cantik 2.5.2025.. hari pn hari mulia, hari Jumaat. Tahniah, semoga ikatan kekal ke akhir hayat.. “
” Congratulations Eyka Farhana dan akhyar Rashid. baju cantik sopan.. lawa sangat.. makeup pun takde nak over over.. “
” Alhamdulillah tahniah Eya dan Akhyar.. love bird ni akhirnya kahwin.. lawa sangat Eyka, makeup natural berseri-seri. Baju pun cantik.. “
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Eyda dan Akhyar untuk bergelar suami isteri. Bermulalah fasa baru dalam kehidupan pasangan ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru buat Eyka dan Akhyar dan semoga bahtera perkahwinan ini berkekalan sampai ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM, Tiktok Ehmalaysia, Tiktok Melodi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

