Artis / Selebriti
” Lembut je jawapannya, bagus Beto.. ” – Netizen
Video Penjelasan Beto Kusyairi Tentang Isu Baby Bump Isterinya Raih Perhatian Warganet. Tenang Dan Tersusun Ayat Beto, Sayu Pula Mendengarnya. Allah Lebih Tahu Yang Terbaik !!
Baru sahaja dinobatkan sebagai Aktor Filem Popular ABPBH35, Beto Kusyairy antara pelakon yang diminati ramai. Tidak hanya lakonan, kehidupan peribadinya bersama isteri, Tisha Shahar juga menjadi perhatian ramai. Tular diperkatakan di applikasi Tikt0k mengenai penampakan baby bump isteri Beto.
Menerusi akaun Tiktok Betokusyairy8, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Beto memperjelaskan tentang kekeliruan yang timbul ini. Kata Beto, isterinya tidak hamil dan baby bump yang diperkatakan itu mungkin kerana angle dalam gambar sahaja.
Beto juga mengatakan dia dan isteri tidak menantikan cahayamata, belum ada rezeki untuk ada zuriat setakat ini. Beto dan isteri happy menjalani kehidupan mereka berdua dan sekiranya ada rezeki hamil, Alhamdulillah kata Beto. Isu anak ini mungkin agak sensitif dan boleh membuatkan pasangan terkilan kerana semua pasangan yang berkahwin inginkan anak.

Namun untuk Beto dan Tisha, mereka okey dan tidak stress. Kehidupan dilalui dengan cukup gembira dan pasangan ini juga sweet apabila bersama. Mungkin belum masanya dan Allah pastinya merancang sesuatu yang lebih baik untuk Beto dan isteri.
Jom tonton video di bawah :
@betokusyairy8 Replying to @🌹Julia🌹 Doakan yang baik-baik🤲🏻 #betokusyairy #betokhusyairy #fyp #fypシ #fypage #masukfyp #fypage #foryoupage #berandatiktok
Sehingga kini, perkongsian oleh Beto ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Netizen ni laa, over betul. Kes1an nanti wife dia terasa. kenapa orang luar terlalu risau tentang emosi pasangan yg takde anak ea? kite jalani hidup macam orang lain juga yg ada nikmat + ujian. tenannnnnng.. ”
” Maaf la.. bukan nak kata apa. selalu tengok orang yaNg tak ada anak nie happy je dia orang. org lain x perlulah nk jadi batu api kata itu ini.. ”
” Pasangan yang blm di karuniakan anak Allah nak bagi pahala sabar dan terus berdoa.. jangan putus asa.. ”
” Sy tgh pregnant 12thn ttc.. Sy doakan beto dan isteri dikurniakan cahaya mata xlama lg… Aamiin2… Sy minat sgt dgn beto.. ”
” Takpe, in sha Allah pasti Allah swt kurniakan buat kalian zuriat yg soleh solehah aamiin.. saya pun tgh usaha mnanti 12thn, kita insan kuat yg tpilih.. ”
” Hidup bahagia jg salahsatu rezeki dr Nya.. smoga Beto &wife sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Aamiin.. ”
” Percayalah jalan hidup kita Allah dah susun sempurna..InshaAllah saya doakan yg terbaik.. pegang kata-kata doc ni. selagi ade rahim insyaallah 1 hari Allah pasti bg.. ”
” Lembut je jawapannya, bagus Beto.. Beto dan isteri sangat sabar.. Saya selalu doakan semoga beto dan isteri di kurniakan cahaya mata satu hari nanti.. ”
Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. InshaAllah ramai yang mendoakan agar suatu hari nanti, Beto dan isteri dikurniakan anak. Semoga Beto dan isteri terus positif dan bersabar kerana sabar itu pasti akan manis pada akhirnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Betokusyairy8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

