Artis / Selebriti
” Macam lawak tapi menusuk kalbu. Deep sampai ke hati penghayatan tu.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Mark Adam membawakan lagu Kumpulan Spoon, Rindu Serindu Rindunya di Konsert Gegar Vaganza 12 raih pujian ramai. Wah kreatifnya Mark, ada cerita dalam lagu. Watak orang gila Mark tu memang menjadi lah..
Konsert Gegar Vaganza 12 semakin hangat dengan persembahan para pesertanya yang cuba memberikan terbaik untuk menempah tempat ke minggu suku akhir. 9 orang peserta bertanding semalam dan menyaksikan satu penyingkiran dilakukan dan hanya 8 peserta yang akan ke pusingan seterusnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan daripada salah seorang peserta, Mark Adam. Pada minggu ini, Mark mendapat tugasan membawakan lagu popular kumpulan Spoon berjudul Rindu Serindu Rindunya.
Bukan biasa-biasa, kali ini Mark menggunakan konsep ‘teatrikal’ atau teater untuk persembahannya. Mark mengenakan pakaian bercompang camping dan muka yang comot seperti orang gila. Penyampaian Mark meraih pujian daripada juri-juri tetap.

Penghayatan itu sampai dan ianya seolah menggambarkan seseorang yang menjadi gila dek kerana rindu. Kreatif idea Mark dan membuatkan penonton kagum. Walaupun ianya kelihatan agak lawak tetapi ada rasa sedih yang tersirat. Pada akhir persembahan, Amir Raja Lawak turut hadir di pentas melakonkan watak orang gila juga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedihnya wlupun dia buat gitu. Feeling abis.. Dia nyanyi lagi best.. macam lawak tapi menusuk kalbu.. terbaik.. “
” Honest from the heart can feel the sincerity.. Pd aku Mark ni tiap minggu konsisten.. dia cuba buat yg terbaik.. mmg best.. “
” Gebrek, deep lah sampai ke hati penghayatan tu.. Mark memang entertainer yang bagus sangat-sangat.. “
” Abang Mark Adam memang terbaik. Kagum dengan persembahan minggu ini. kreatif dan bijak.. best sangat.. “
” Ada penceritaan di sebalik makna lagu.. boleh jadi seorg itu gila sbb putus cinta.. mantap lah mark.. ini baru betul betul kreatif dalam penyampaian.. “
” Yang faham je Faham apa yang disampaikan ..All the best mark.. Ada sebab la persembahan giler sbb lagu ni kisah putus cinta.. putus ciinta boleh bt seorg tu jadi giler sbb dh terlalu cinta & syg.. “
” Guys lagu ni maksud dia berat dan abg markadam1079 dah bawak maksud lagu ni sebaiknya.. inilah intisari cerita lagu ni .. power gila.. “
Satu persembahan yang menarik dan penuh maksud tersirat oleh Mark. Penyampaian yang lain daripada lain dan membawa cerita yang tersendiri menerusi lagu itu. Semoga Mark akan terus cemerlang pada minggu suku akhir nanti dan menempah tempat ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

