Artis / Selebriti
” Macam tu je dia diamkan mak dia. Ayat checkmate, terkedu takde jawapan terus.. ” – Komen Netizen
Video perbualan Anzalna Nasir dengan anaknya, Eidrees mengenai suaminya, Hanif Zaki buat ramai terhibur. Macam tu je Eidrees kantoikan mummy, terkedu mummy dibuatnya. Memang backup besar daddy sangat ni, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Xtra, perkongsian sebuah video yang memaparkan sesi live Anzalna Nasir telah meraih perhatian ramai. Menerusi live tersebut, Anzalna mengadu suaminya yang masih belum pulang walaupun jam sudah lebih 11 malam.
Seloroh Anzalna, dia akan membiarkan suaminya, Hanif Zaki tidur di luar dalam keadaan cuaca sedang hujan. Mendengarkan perkara tersebut, anak sulung Anzalna iaitu Eidrees bertanya keseriusan tindakan ibunya itu. Lalu Anzalna berkata dia tidak main-main.
Eidrees tidak membenarkan ibunya berbuat demikian kerana bapa mereka sibuk bekerja demi menyara keluarga. Paling win apabila Eidrees bertanya kepada ibunya sama ada ibunya perlukan duit atau tidak, inginkan kereta Roll Royce atau perodua.

Pertanyaan Eidrees itu telah membuatkan Anzalna terdiam. Adoi, macam itu sahaja Eidrees kantoikan ibunya. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cam gitu ja dia diamkan mak dia. Satu family lawak. Kena basuh dengan anak sendiri.. Mesti bapak dia cakp cmtu kat anzalna.. “
” Ibu ayah yg baik anak2 xkan mahu mak ayah diorg bergaduh. Diorg akn buat kite xbegaduh dgn backup each other.. “
” Anak yg cerdik mmg mcm ni..kita kene pandai kawal ” kecerdikan ” dia..mmg betul dia cerdik,tapi adab kene duk depan..anak no 2 Sy mcm ni lah,nak manipulate dia pun kene hati2,Kang kantoi busuk susah.. “
” Lawakkk la anak dia. nak next lepas suami ye balik..hahahha msti bapak dia ckp mcm tu..pandai dia.. terdiam terus mummy.. “
” Menunjukkan suami dia provider. pndai ank dia. I, you je dia cakap dengan mak dia.ana²k cerminan mak ayah.. comel jer.. “
” You nk roll royce ke you nk perodua? amek hang, backup pak dia baek punya hahahahaha. anak dia simple,sesimple tittle orang laki macamtu.. “
” You nk beli roll royce ke produa pilih 1 .. ayat checkmate oooo terkedu xde jawapan terus. mentang-mentang ayah dia jual kereta. semua dia tau nama brand .. “
Walaupun Eidrees masih kecil, namun celotehnya nampak sangat matang. Dah macam Anzalna bercakap dengan kawan sahaja apabila berbual dengan Eidrees. Nampaknya mummy tak boleh lah nak kuncikan daddy di luar walaupun daddy pulang lewat sebab ada yang backup daddy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

