Artis / Selebriti
” Mama, dah keluar ke, tu baby adik ? ” – Raja Urhan
Video Uyaina Arshad memperkenalkan anak ketiganya yang baru lahir kepada anak pertama dan keduanya raih perhatian ramai. Alahai comel betul reaksi si abang bila kali pertama jumpa baby adik..
Meninjau ke akaun Instagram Uyaina Arshad, perkomgsian terbaru Uyaina telah meraih perhatian ramai. Uyaina yang baru sahaja melahirkan anak ketiga beberapa hari yang lepas membawa pulang cahaya matanya dan memperkenalkan kepada anak-anak yang lain.
Di awal video, Uyaina menutup anak ketiganya itu dengan bantal dan memanggil dua lagi cahaya matanya, Raja Urhan dan Raja Urayyan. Mereka berdua pada awalnya tidak perasan, malah teruja untuk mengadu kerana sudah tiga hari Uyaina di hospital.
Uyaina kemudiannya menunjukkan adik yang baru dilahirkan dan reaksi si abang tersangatlah comel. Kali pertama melihat sudah meluahkan rasa sayang akan adiknya. Momen ini merupakan satu momen yang indah buat kedua cahaya mata Uyaina ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik. Pastinya sejak adik berada dalam perut ibunya lagi, abang-abangnya sudah menantikan kelahiran si adik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Awwww so sweet abang2. Anak I tgk vid ni lalu dia berkata I kiss my adik too, urrayyan also a baby so he dont care that new baby.. “
” Aaaa comelllnya. Hi baby adik, Shomel ahh adik² kakakk ehh kakak pulerr.. 1st time jmp dh jatuh syg kt baby adik yeh.. “
” Uyaina, i tahu pandangan u pada anak sulung tu..bila ada anak no. 2..u rasa dia mcm dah besar even sebenarnya dia pun masih kecil..bila ada adik no.3..memang dia dh betul2 jadi abg sulung yg akan jaga adik2 dgn kasih syg .. “
” Aku pulak sebak, hormon betholllll lahhh.. Alhamdulillah Congratulations and speedy recovery to you mummy ..
” Aaaa cutenyaaaa saya sayang baby adik, MasyaAllah what a lovely family, Alhamdulillah So cute selamat berpantang dan dipermudahkan urusan aamiin.. “
” Selamat berpantang yana, kisses for the boys, Sweetnya abang, Alamak mata tertumpu kat stoking yuna apapun selamat berpantang tau.. “
” Soooo comel semuanya..tok aunty tgh imagine Nanti mummy with the three boys .. sure meriahhhh Semoga membesar dgn sihat baby boy.. “
Tahniah diucapkan kepada Uyaina dan suami atas pertambahan ahli keluarga baru. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Uyaina sepanjang menjalani tempoh berpantang dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

