Artis / Selebriti
” Masing-masing berebut nak jawab, padehal tak tahu lagi jawapan pun, haha.. ” – Komen Netizen
Video pelakon Blood Brothers, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly dan Andy Teh bermain game teka peribahasa buat ramai terhibur. Part Syazwan teka tu kelakar, sampai batuk tak berhenti. Berdekah semua dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Oh Media Official, telah dikongsikan video yang memaparkan para pelakon filem Blood Brothers iaitu Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly dan Andy Teh bermain game teka peribahasa.
Menerusi video itu, para pelakon diminta untuk menekan mikrofon yang dipegang oleh Syafiq sebelum menjawab soalan. Soalan pertama, gambar menunjukkan seekor tupai, pokok dan gambaran terjatuh telah berjaya dijawab oleh Andy Teh.
Manakala soalan kedua pula gambar memaparkan setitik air, pisau, gambar berjabat tangan dan emoji love. Soalan ini pula berjaya dijawab oleh Syazwan. Namun Syazwan tidak menekan mikrofon dahulu dan soalan ini terbuka kepada Shukri kerana Shukri yang pertama menekan mikrofon.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah para pelakon filem Blood Brothers meneka peribahasa. Ada yang mengatakan tidak menyangka Sharnaaz seorang yang sangat kelakar kerana ada sahaja yang gelagat Sharnaaz mengusik rakan-rakannya yang lain.
Tonton video di bawah ini :
@ohmedia.official Asyik bertumbuk je, jom kita test kecerdikan pelakon-pelakon Blood Brothers teka peribahasa 😋 Jangan lupa saksikan filem tergempak 2025, Blood Brothers di pawagam berdekatan anda 🩸👊 #ohmedia #bloodbrothers #skopproduction #aa
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur melihat telatah pelakon-pelakon filem Blood Brothers. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Masing-masing berebut nak jawab, padahal tak tahu lagi jawapan pun, haha.. Lawak lah tengok perangai masing-masing. Haha.. “
” Ni jgnkn dorg.. Aku pn tak leh brain.. Pemenda yg bg teka teki puuuun, hahaha.. Pecah otak kalau fikir jawapan, hahaha.. “
” Not the “barisan nasional” HAHAHAHAHAH berguling aku gelak hahah adoilaaa Sharnaaz.. Lawak dia bagi memang spontan betul.. “
” Dia punya tepuk mic tu macam tepuk nyamuk. BAHAHAHAhahah.. Boleh tak bgi dorg soalan mcm ni sampai sejam, haha skejap sgt ni.. Tak puas aku nk ketawa.. “
” Wei boleh pulak Sharnaaz request letak muka dia nak jadikan maksud cerai tu.. Lawak tapi sedih lah pula bila dengar.. Kau memang kuat Sharnaaz.. “
” Aku blur sekejap knp syazwan bukan sebelah shafiq kyle( adik dia dlm wyg tu), terlupa, sebelum tu dia lebih dulu jd adik kpd Shukri.. Terlupa diorg pernah brlakon brsama.. “
” Berdekah aku dengar jawapan Shukri bagi, boleh pula selamat hari raya yang peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, haha.. “
Meriah sungguh apabila pelakon-pelakon Blood Brothers ini bermain game bersama. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Syafiq Yusof, pelakon-pelakon dan semua yang terlibat menjayakan filem ini sehingga mendapat sambutan yang menggalakkan selepas beberapa hari tayangan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ohmedia.official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

