Artis / Selebriti
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Ika Nabella mengenai Amira Othman buat warganet tersentuh. Sebaknya baca kapsyen yang Ika tulis tentang Amira. Perkongsian perbualan Whatsapp Ika dengan Amira juga raih perhatian. Lembutnya tutur kata Amira..
Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran untuk bakal pengantin yang diraikan iaitu Amira Othman dan pasangannya, Fattah Amin. Rasa yang terpegun melihat kecantikan Amira dan juga kemerduan suaranya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ika Nabella, telah dikongsikan beberapa gambar kenangan bersama Amira, Ustazah Asni Mansor dan beberapa rakan selebriti yang hadir ketika Majlis Khatam Al-Quran pagi tadi. Apa yang menarik perhatian, Ika turut memuatnaik perbualan di aplikasi Whatsapp dengan Amira pada tahun 2022.
Di ruang kapsyen, Ika menyatakan mereka mula mengenali sejak AJL 2018 dan semenjak itu mereka sering mengikuti usrah bersama-sama. Jika tidak Ika yang mengajak Amira, Amira pula yang akan mengajak Ika ke kelas agama.

Tulis Ika lagi, Amira bukan sahaja diberikan seorang suami, namun secara tidak langsung akan menjadi seorang ibu. Pastinya tiada yang boleh menandingi kasih sayang seorang ibu kandung. Namun Ika percaya Amira akan menjadi seorang ibu tiri yang baik untuk Fatima Aisya.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )
Perkongsian Ika meraih 31 komen dan banyak tanda suka setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Nasib pndang 2x . Sbb confused mne satu pengantin ni Dua2 cntik.. Masyallah tabarakallah, canteknyaa.. happynya kita tgok diorg.. “
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption. Allah SWT is truly All-Knowing. masyaAllah.. cantiknye awak Ika.. wanita paling baik dan sopan yang pernah saya kenal.. “
” MashaAllah tabarakallah. Buat la live kat ig atau tiktok. Sy xde unifi tv.. Sweetnya caption.. Cantiknya semua.. “
” MasyaAllah…Cantik ke dua nya.. Mana satu pengantin niiii ? masyallah cantiknya.. your outfit love it.. “
” Tutur bahasa nye pon sgt baik la seketul amira ni… Suka tgk.. MasyaAllah love kwn2 mira.smua baik².Alhamdulillah.. “
” Masyaallah Tabarakallah.. punya sahabat yang baik budi pekerti pun satu rezeki. Comey sguh Ika,wow sgt2.. “
” Amira ni ckup lengkap pakej, semoga jd isteri solehah buat FA amira, ramai doakan u.. Ika syg.. krmslm syg peluk cium penuh syukur utk Mira.. “
Sweet sungguh kapsyen yang ditulis oleh Ika buat bakal pengantin baru kita. Alhamdulillah Amira dikelilingi dengan rakan-rakan yang sangat-sangat baik dan berbudi pekerti semuanya. Semoga majlis pernikahan Amira dan Fattah pada malam ini akan dipermudahkan semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ika Nabella
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

