Artis / Selebriti
” MasyaAllah, bukan senang nak hafal tu. Sekelip mata je Allah bukakan pintu hatinya.. ” – Komen Netizen
Nora Danish kongsi video bacaan hafazan surah Al Mulk raih perhatian ramai. Sejuk hati dengar Nora baca surah Al Mulk..
Meninjau ke akaun instagram Xtra, perkongsian sebuah video yang memaparkan Nora Danish sedang mambaca ayat hafazan surah Al-Mulk telah menerima pujian ramai. Nora sememangnya menyimpan hasrat untuk menghafaz surah tersebut dan Alhamdulillah usahanya berhasil.
Video yang berdurasi lebih empat minit ini memaparkan Nora sedang duduk di atas sofa sambil mengenakan telekung dan membacakan surah Al-Mulk. Ramai yang memuji dan mendoakan penghijrahan Nora agar terus berkekalan dan istiqamah.
Sekadar info, Nora merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayqal menerusi perkahwinan pertamanya dan Mohamed Neyqal Nedim menerusi perkahwinan keduanya. Sejak berpisah dengan Nedim Nazri, Nora mula berhijrah dengan mengenakan hijab sepenuhnya.

Video yang dikongsikan ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bacaan Nora juga kedengaran sangat lancar dan sebelum ini Nora pernah mengajak ramai orang menghafaz surah Al-Mulk.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang kagum dan memuji Nora kerana berjaya menghafal surah Al Mulk. Antara komen-komen yang diberikan :
” MasyaAllah, bkn sng nk hafal tu, kalau Allah x izinkan x dpt. Kalau Allah nak beri taufik dan hidayah, sesiapa shj boleh diberinya. Sy kena selalu tgk aib diri sndiri spya x judge buruk org lain.. “
” Melihat nora danish ni satu bnde ak sedar, dlu bila tgok drama dia. ak selalu tpkir kan bagus klau dia pkai tudung. kan bagus itu ini. sbb kite fans kan so kita mesti imagine yg dia mesti cantik kalau gini2.. “
” Rupanyaa bnde tu pon bole jd satu doa utk rupanya. sbb kita harapkan bnde tu. so bila tgok dia harini rasa seronok tu lain mcm gtew… “
” MasyaAllah.. sekelip mata je Allah buka pintu hati dia..malah dia jd lebih baik dr kita semua.. semoga terus istiqomah nora.. “
” Seronoknye bile dpt bace same2 dgn feveret actress kite ..Alhamdulillah smpai ayat 26 dahh keep going skit je lgi .. Cntik kan perjalanan hijrah Nora Danish…. “
” Yaa Allah indahnya dia dpt hidayah dari Allah Swt bahagia dunia akhirat kerana memilih jalan ke pintu ke syurga.. Alhamdulillah seronok tengok Nora sekarang.. “
” Masyaallah.. semoga dipermudahkan dan Allah pelihara terus istiqamah.. terbaik.. akk ciba sedaya upaya nak hafal 30 ayat AlMulk, belum berjaya.. baru 2 ayat lepas.. tahniah ND .. “
Bukan senang untuk menghafaz surah seperti ini. Alhamdulillah berkat usaha, Nora akhirnya berjaya menghafaznya beberapa ayat. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Nora Danish berjaya menghafaz sepenuhnya surah Al-Mulk dan sentiasa istiqamah dengan penghijarahan ini. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

