Artis / Selebriti
” Masyaallah, pandainya Rina masak. Cute betul dengar satu-satu dia cakap, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Maryam You Narae, Rina memasak nasi goreng daging buat ramai yang geram melihat kecomelannya. Alahai, dah macam tengok channel masak-masak lah. Rina siap kongsi tips kecantikan lagi, hehe..
Bagi yang suka mengikuti pempengaruh media sosial, Maryam You Narae, pasti mengetahui yang Maryam sering berkongsi video anak sulungnya, Rina. Antara video yang menjadi tumpuan warganet adalah video gelagat comel Rina sedang menikmati masakan air tangan ibunya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram duriankimchijunior, telah dikongsikan video yang memaparkan Rina sedang memasak. Menerusi video tersebut, Rina bercakap Bahasa Melayu mengatakan yang hari ini dia akan memasak nasi goreng daging dengan gayanya yang tersendiri.
Ketika masak, Rina turut mengajak semua untuk selalu makan sayur seperti dirinya. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur dan geram melihat gelagat comel Rina ketika sedang masak.

Ada yang mengatakan Rina seorang anak yang bijak dan pandai berdikari kerana sudah boleh masak sendiri. Bukan itu sahaja, pesanan-pesanan daripada Rina kepada warganet juga mencuit hati. Sehingga kini, video Rina memasak itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video Rina sedang memasak ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masyaallah, pandainya Rina masak. Cute betul dengar satu-satu dia cakap, hehe.. Kalau acik dah tua ni baru nak belajar makan sayur boleh cantik macam Rina tak.. “
” Lps ni. Content dia masak2 pastu makan. Content adik lak makan2 mcm dia masa kecik hehehe.. Kejap betul budak comel ni dah besar.. “
” Nenda dulu2 main msk2 tipu2 je Rina…Rina betul2 main masak.. Blh mkn betul.. Nenda dulu suap oun tipu2 aje.. Pasir konon2 nasi, hehe.. “
” Wehhh bagusnya budak ni sendiri masak sendiri makan, boleh pinjam sehari tak.. Hehehe kita memang dah lama geram dekat Rina tau.. “
” Lahaii lps ni Rina dah boleh masak utk adik Rian start makan nti.. So cute dengar coleteh Rina ni.. Bagus lah cara Maryam dan Ryzal didik anak mereka.. “
” SubhanaAllah… Comey sgt Rina ni . Cerdik pandai dia… Kalau nk pandai makan daging, nak cantik mcm rina makan shayurrr.. Gerammmm ya ammatt… Kenyek2 pipi tu. Comeyy.. “
” Kalau nak cantik mcm Rina, kena mkn sayur.. Aduii geramnyaa auntie tgk kau Rinaa.. Yihh geramnyaaaa dah bahasakan diri “kakak” ye. Comelllll Rinaaaaa.. “
Paling cute apabila Rina memberikan tips kecantikannya dengan berkata perlu banyak makan sayur. Manakala untuk menjadi pandai seperti dirinya pula perlu banyak makan daging. Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja rasanya Rina sudah besar. Semoga Rina terus membesar menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

