Artis / Selebriti
” Memandai je dia ubah lagu depan owner tu. Sekali aku yang dengar pun rasa taubat, haha.. ” – Netizen
Video Namie Menyanyi Lagu ILU IMU, Nyanyian Asal Aepul Roza Buat Ramai Terhibur. Terkejut Muka Aepul Dengar Lirik Lagu Dia Tiba-Tiba Berubah. Auto Rasa Nak Taubat Dengar Lirik Lagu Namie Ni, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti pelawak dan pengacara radio Namie pasti mengetahui yang Namie suka berkongsi video yang memaparkan dirinya menyanyi beberapa buah lagu. Namun apa yang mencuit hati adalah Namie telah mix lirik lagu lain pada hujung nyanyiannya.
Perkongsian video tersebut mengundang tawa warganet kerana terhibur dengan nyanyian spontan Namie. Meninjau di akaun Instagram Namie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Namie menyanyi lagu terbaru daripada Aepul Roza yang bertajuk ILU IMU.
Menerusi video tersebut, turut ada bersama Aepul di sebelah Namie dan Aepul bermain gitar mengiringi nyanyian Namie. Pada awalnya, Namie menyanyi dengan baik dan tiba-tiba, Namie mengubah lirik lagu ILU IMU kepada lagu nasyid.

Kelihatan reaksi wajah Aepul terkejut apabila mendengar nyanyian Namie. Perkongsian ini sekali lagi membuat ramai warganet terhibur. Ada yang berseloroh mengatakan Namie masih membuat ‘perangainya’ yang suka menukar genre lagu yang dinyanyikan olehnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan telatah Namie menyanyi. Antara komen-komen menarik adalah :
” Memandai je dia ubah lagu depan owner tu. Sekali aku yang dengar pun rasa taubat, haha.. Kelakar betul lah Namie.. “
” Yg belakang tu layan jelah kerenah si Namie ni.. Ingat ada sifu kat belakang tak masuk lagu lain.. Sekali termasuk jugak, haha.. “
” Canerla dak Aepol tu boleh steady.. Kalau aku, dah gelak habih dah.. Si Namie ni boleh pula buat muka kering ubah lirik, haha.. “
” Berkerut kening org blkg tu.. Nak tegur tapi tengah buat video, hahahaha.. Lahai masih bernyawa itik tu, ingat da buat rendang.. “
” Ya ampunnnnn… Genre lain pulak.. Eh.. Itik join jugak.. Namie buat hal lagi yer, ingat kan dah habis dah, hahaa sakit perut gelak.. “
” Baru nak cakp.. Alhamdulillah tak mix Lagu.. Sekali hambek kauuu.. Haha gitar tu petik gak walupon brtukar lirik haha.. Aku pasrah jelah.. “
” Sorry tergelak banyak kali tengok Aepul toleh tengok Namie, hahahaha.. Tajam betul pandangan dia, haha.. Namie pun sempat menjeling tengok tepi.. “
Lawak reaksi muka Aepul yang terkejut apabila Namie menukar lirik. Pasrah sahaja Aepul mendengar lirik lagunya diubah sebegitu. Selamba sahaja muka Namie seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun Namie sempat menjeling Aepul di sebelahnya. Kalau tak lawak, bukan Namie lah namanya, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG namiesmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



