Artis / Selebriti
” Meminta erk si Ipan ni, tak behave. Kak Ya dah bagi isyarat tangan tu, habislah Ipan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin berduet bersama Irfan Haris menyanyi lagu Wanita Terakhir di majlis rumah terbuka Fattah. Wah sempat Abang Long jeling-jeling kat Kak Long ye. Part masa Irfan menyakat Fattah dan Amira tu bersorak semua. Blushing teruk Amira dibuatnya, hehe..
Semalam telah berlangsungnya majlis open house Fattah Amin dan ianya berjalan dengan lancar. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara, rakan taulan dan peminat bertuah. Tetamu VVIP untuk majlis Fattah ini tidak lain tidak bukan, Amira Othman dan adiknya, Irfan Haris.
Banyak persembahan yang dipersembahkan semalam dan Irfan juga tidak ketinggalan untuk menghiburkan semua dengan suara merdunya itu. Irfan berbesar hati untuk menyanyi secara live. Selain menyanyi solo, Irfan turut meminta untuk berduet bersama Fattah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz dan Secret Girl, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan duet Irfan dan Fattah mendendangkan lagu Wanita Terakhir. Ianya impian Irfan untuk berduet bersama aktor kesukaannya ini seperti yang sering diberitahu ketika live dan akhirnya impian Irfan tercapai.

Diiringi petikan piano, suara Irfan dan Fattah membuai semua yang mendengarnya. Irfan tidak melepaskan peluang untuk mengusik Fattah dan Amira. Malu-malu Fattah dan Amira apabila diusik secara terbuka begini. Bak komen wartanet, Irfan selaku ketua netizen memang ‘function teruk’ kali ini.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz Finally selps 8 tahun kakak dpt dengar Fattah nyanyi lagu nie 🥹🥹🥹 dan paling tharu dpt tgk dia nyanyi depan mata. tak sangka leh blinang airmata malam td🥹🥹🥹🥹🥹 Dia selalu kata suara dia tak sedap hakikatnya suara dia mnyanyi sgt2 sedap dengan tone suara dia yg tersendiri. lps nie dh boleh duet bersama ngan adik online kami 🤭🤭 #fattahamin #irfanharis #amiraothman #rayaopenhousefattahamin
@im_yourgirl06 #amiraothman #irfanharis #wanitaterakhir #fattahamin #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut #fyp #foryoupage #masukberanda #fattahamin #jodoh #trending #live
@imani_imtiyaz Selepas 8 thn kakak dpt dengar balik Fattah nyanyi lagu nie 🥹🥹🥹 tak pasal2 sebak sgt td. mlm nie tetiba kakak hati tisu. credit igs atikahpi.#fattahamin #amiraothman #rayaopenhousefattahamin
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seronok la budak “neyyyy” ni dpt duet dgn crush dia.. suara abg long dh byk improve la.. kak long warning siap kamu ipann dok dlm store lagi haha.. tak behave ni usik terbuka terus ipan bagi haha.. “
” Alhamdulillah ,akhirnya fattah nyanyi lagu wanita terakhir bersama irfan ,.bila nyanyi guna audio piano,feeling nya lain mcm.. “
” Neyyy.. Ketua netizen kesayangan kami.. akhirnya tercapai hajat ipan.. neyyy.. tak boleh tidur la ipan malam ni.. “
” Sungguh sempurna pandang amira … masa part last kau milikku pun pandang amira hehe.. auchh.. aku yang blushing ni.. “
” Tersipu sipu tengok reaksi kak long time ipan tunjuk2 kak long dgn fattah tuu hehe.. kalo tgok amira btul2 menghayati fattah menyanyi. suke dia tgok tu.. “
” Sempat lagi ipan usik abang long dan kak long dia haha.. Best sgt duet abg long & ipan.. suara dua dua best.. terbaik lah ipan.. “
” Alamak aku yang blushing.. Aduuuhhh cramp pipi kiter. Menyempat dia pandang2 belah sana. Malam ni tercapai hasrat irfannharis nak duet dgn Abg Long.. jangan balik nanti kena kurung dlm stor.. “
” Meminta erk si ipan ni.. tak behave.. kak ya dah bagi isyarat tangan tu.. abislah ipan haha.. suka menyakat kak long dengan abang long.. “
Irfan sememangnya suka menyakat Abang Long dan Kak Long. Ketika dalan live atau secara berdepan, itu lah perangai Irfan yang menceriakan semua orang. Habislah Irfan, agaknya semalam Irfan kena tidur dalam store gara-gara usikan nakalnya itu, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz, Tiktok im_yourgirl06
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

