Artis / Selebriti
” Menangis tengok video ni. Faham sangat perasaan seorang ibu.. ” – Komen Netizen
Video moment ketika ibu Fattah Amin, ibu Azizah menangis sambil memeluk Amira Othman di atas pelamin buat ramai sebak. Besar harapan ibu Azizah untuk melihat anak sulungnya bahagia. Tersentuh tengok Amira tenangkan ibu..
Walaupun Majlis Ijab dan Qabul Fattah Amin dan Amira Othman sudah pun berlalu beberapa hari yang lalu, namun masih banyak lagi video pernikahan pasangan ini yang dikongsikan oleh orang ramai. Pernikahan Fattah dan Amira disifatkan oleh warganet sebagai sebuah majlis yang tenang dan menyentuh hati.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Thesmile707, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika ibu Fattah yang dipanggil sebagai ibu Azizah naik ke pelamin untuk bersalaman dan bergambar bersama pasangan pengantin baru ini.
Ibu Azizah tidak dapat menahan air matanya ketika memeluk menantu barunya itu. Amira pula kelihatan tenang dan mengusap-ngusap lembut belakang badan ibu Azizah sambil mengatakan sesuatu kepada ibu mertuanya itu. Moment ini membuatkan hati warganet turut sebak.

Ibu Azizah yang sentiasa ada di ketika Fattah jatuh dan kerana ibu juga lah, Fattah kembali hidup dengan kata-kata semangat dan nasihat yang ibu berikan. Tentunya ibu Azizah mahukan anak sulungnya ini sentiasa gembira dan bahagia bersama isteri tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@thesmile707 #setulustakdirfattahamira #setulustakdir #fattahamin #amiraothman #fattmira
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mungkin ya mak Fattah berbisik jaga Fattah DG ikhlas hati.. kalau korg ada ank lelaki yg baik, kena aib depan semua org, kena hina mcm2.. korg faham la rsnya seperti apa.. “
” Ya Allah..kita yg tgk moment ni airmata pun dah turun mcm hujan.. sebak plak.. seorg ibu yg faham perasaan seorg anak saat jatuh dan bangun anak dia.. “
” Tangisan seorang ibu bersama iringan doa, tiada tandingan Harga sebuah bahagia untuk anak sampai syurga.. pelukan seorang ibu.. begitu erat.. tersimpan seribu harapan bagi seorang ibu.. “
” MenangiS tengok video ni.. Faham sangat perasaan seorang ibu.. even kita org luar dpt rasa apa yg ibu Fattah rasa. sedih.. 1 dunia menghina ada, seorg ibu akan tetap bersama anknya.. kerana hanya kasih ibu kasih sejati.. “
” Baru faham kenapa Fatah suka sgt dgn kak Ya ni , peribadi sgt² baik , sehingga tgk manapun video bila ada apa² event mesti amira cari dan utamakan mak fatah , byk lalu video macam tu , dtg dr keluarga yg penuh kasih syg , in shaa Allah Nadia Amirah akan menjadj ” isteri Syurga ” buat fatah dan menantu yg baik in shaa Allah.. “
” Sebagai ibu kita faham perasaan ibu Azizah, dia lihat air mata anaknya,kesedihan,jatuh dan bangun semula. Allah dah makbulkan doa seorang ibu. Banyak kisah teladan yg kita blh ambil dari kisah FA ini.. “
” Kegagalan bukan noktah, ia cuma wasilah untuk bertemu dengan takdir yang lebih indah. ibu manah tak sedih & ibu mestilah berharap jodoh anak berpanjangan hingga ke jannah . mane ade org tua nak tgk anak berpisah.. “
Hati seorang ibu yang melihat anaknya pernah jatuh ke titik paling rendah dalam hidup dan kembali bangun mencari bahagia, air mata ibu Azizah membuktikan segala rasa yang terbuku di hati. Semoga kehidupan rumahtangga baru Fattah ini sentiasa dalam keberkatan Allah dan menuju syurga bersama-sama isteri syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok thesmile707
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

