Artis / Selebriti
” Menangis tengok video ni. Hancur hati seorang Ibu bila anak dia dijemput Ilahi lebih awal dari dia.. ” – Netizen
Perkongsian Video Sheeda Dangdut Setelah Pemergian Anaknya, Nur Fazlinda Buat Ramai Sebak. Betapa Sedihnya Hati Seorang Ibu Apabila Anak Pergi Dulu Bertemu Pencipta. Ayat Kapsyen Yang Begitu Menusuk Ke Hati. Terus Kuat Mama !!
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh penyanyi Bienda 2 hari lalu, adiknya Nur Fazlinda Binti Ahmad Fazli telah pun menghembuskan nafas terakhirnya kerana sakit k4ncer hati. Berita ini mengejutkan semua kerana Fazlinda ataupun mesra dengan sapaan Ayieen seorang yang selalu ceria.
Meninjau akaun Instagram Sheeda Dangdut Official, telah dikongsikan satu video kenangan akhir Ayieen beserta luahan hati Sheeda setelah pemergiaan anaknya ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu Sheeda yang memikul. Kesedihan seorang ibu diungkapkan dalam kapsyennya itu.

Klik gambar untuk info..
Kata Sheeda, walaupun berat hati untuk melepaskan Ayieen pergi, namun Sheeda tahu itu yang terbaik untuk anaknya. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung oleh Ayieen. Hanya sebulan Ayieen sakit dan tempoh itu terlalu singkat untuk Sheeda dapat menjaga Ayieen.

Menurut Sheeda, Ayieen merupakan seorang anak yang baik dan tiada dosa sedikit pun terhadap kedua ibu bapa, Sheeda redha kerana Allah pinjamkan 24 tahun untuk Sheeda mencipta kenangan bersama Ayieen. Ucapan selamat tinggal Sheeda yang merobek hati banyak ibu-ibu di luar sana, sesungguhnya anak hanyalah pinjaman kepada kita ibu bapa.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian oleh Sheeda ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mama kena kuat ma.. Mama Ibu Yang Paling Hebat Kat Dunia Kami.. Alin Anak Syurga Mama Yg TERPILIH.. ALLAH SWT sayang Alin.. ” – Bienda
” mama kena kuat tau kami semua ade utk mama . alin dh selamat kat sane tu kita banyak kan doa utk akin ya ma … semlm mama bz tak sempat dtg jumpe epie dengan shameen ade bagi salam terakhir buat alin smlm.. ”
” InshaAllah pasti allahyarhamah akan tarik kak Sheeda ibu kesayangan dia masuk ke syurga firdausi bersama .. sabar & redha ya kakakku sheedadangdutofficial .. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh dia nnt. salam takziah.. ”
” Allahuakhbar.. paling hancur hati seorg Ibu bila anak dia dijemput ilahi lebih awal dr dia sendiri.Hanya Allah yg tau perasaan tu. Hancur lebur rasa hati. Tenanglah disana wahai anak syurga.. Salam takziah dari kami sekeluarga buat kak sheeda sekeluarga.. ”
” Menangis tengok video ni. sakitnya hati melepaskan anak pergi. kita rasa apa yang sheeda rasa. Semoga Ayieen tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang dikasihi.. ”
” Innalillahiwainnalillahirajiun..salam takziah kak shieda , Bienda dan seluruh ahli keluarga .cantik sangat pemergian Alin .. Allahu Akbar semoga syurga tempatnya.. ”
” Al fatihah…. arwah Alin anak yg cantik,,baik..lemah lembut..kita semua sayang kan Alin,,k sheda kena kuat. menangis sama tengok video ni.. luahan hati seorang ibu yang tak tergambar dengan kata-kata.. ”
Tak tergambar perasaan Sheeda sebagai seorang ibu waktu ini, pedihnya satu kehilangan, namun itu yang terbaik dari melihat anak menderita menanggung sakit. Semoga arwah Ayieen tenang di sana dan d tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Terus kuat Sheeda dan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheeda Dangdut Official, IG Bienda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


