Artis / Selebriti
” Mendengar kata-kata Jep dengan penuh perhatian. Bagus nasihat Jep.. ” – Netizen
Luahan Hati Siti Elizad Bercerita Tentang Anak Buat Ramai Tersentuh. Sebak Sangat Part Elizad Bercerita Mengenai Mertuanya. Bagus Cara Jep Nasihat Elizad, Lembut Dan Sejuk Hati Dengar !!
Semua wanita yang berkahwin mengimpikan untuk mempunyai zuriat sendiri. Apabila usia perkahwinan sudah bertahun-tahun lamanya namun masih tidak dikurniakan rezeki untuk memiliki anak, ia antara isu sensit1f yang boleh membuatkan emosi menjadi kacau.
Bagi yang mengikuti perkembangan penyampai Sinar, Siti Elizad pastinya tahu mengenai usaha Elizad untuk mendapatkan anak. Pernah membuat rawatan IVF, namun rezeki masih belum memihak kepada Elizad dan suami dan mereka masih tetap berusaha sehingga kini.
Meninjau akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Elizad berkongsi cerita mengenai mentuanya. Team Pagi Sinar ke udara pada pagi itu dan mengupas isu rezeki dapat mentua yang baik. Elizad juga salah seorang yang beruntung kerana mendapat rezeki ini.

Kata Elizad, walaupun usia perkahwinannya hampir mencecah 10 tahun, tidak pernah sekali pun mentuanya bertanyakan tentang zuriat. Memahami kepayahan yang dialami oleh Elizad, mereka mendoakan yang terbaik untuk Elizad dan suami.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini dan ramai yang turut berkongsi pengalaman dan senasib seperti Elizad. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bagus nasihat Jep Sepahtu.. Moga Allah kurniakan rezeki zuriat soleh solehah buat Elizad Sharifuddin.. ”
” Semoga terus menjadi wanita yang memberi inspirasi kepada orang ramai. Sbnarnya Tuhan ni bgi apo yg kita PERLU bukan apa yg kita MAHU.. ”
” Dapat mertua yang baik pon adalah satu rezeki. Sama mcm sy dlu.. 14y x de anak.. mak pak mertua xde pon tny apa².. tp org sekeliling yg sllu lukakan hati & perasaan kita. Sampai 1 tahap xnk g kenduri2 ke apa.. Tp Allah kurniakan selepas 14y menunggu.. ”
” Saya dan suami masuk tahun ne 7 tahun ttc.. Alhamdulillah Saya juga dikurniakan keluarga mertua dan suami yg baik.. xpernah mempersoalkan tenang zuriat.. Moga baik2 Saja buat kita semua.. ”
” Sama mcm mak n ayah mentua saya… xpernah pun tny pasal zuriat.. walaupun da hampir 10 thn kawen masa tu.. ”
” Alhamdulillah parents kak pun tak pernah tanya my brother and sister in law,dah 15 tahun kahwin. They’re totally ok abang takada rezeki lagi. Moga Allah berikan rezeki yg tbaik pada waktu yg tbaik buat sis elizadsharifuddin.. ”
” Mendengar kata-kata Jep dgn penuh perhatian,…. sedap ayatnya. Amin atas doa Jep yang dipanjatkan Untuk Elizad….. InsyaAllah Allah SWT mendeñgar doamu dik.. ”

Allah tahu yang terbaik untuk Elizad dan suami. Bak kata Jep, apabila sampai masanya pasti ada rezeki untuk Elizad. Apa yang penting jangan pernah putus asa dan d0wn dek kerana kata-kata negat1f orang sekeliling. Sama-sama kita doakan moga Allah hadirkan si kecil dalam rahim Elizad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

