Artis / Selebriti
” Menyempat lagi kan Jakelina ni mengusik Amira, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein bermain whisper challenge game bersama duta-duta Jakel buat ramai terhibur. Berdekah dengar masing-masing meneka, memang lawak betul. Part Amira Othman tu memang win, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Jakel, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly Mazlein yang merupakan duta jenama tersebut ada bermain whisper challenge game bersama duta-duta Jakel yang lain iaitu Amira Othman, Sally dan Cik Epal.
Menerusi video itu, seloroh Elly atau lebih dikenali dengan nama Jakelina di kalangan duta-duta Jakel berkata ‘selamat datang ke sekolah rendah Jakel’. Permainan tersebut dimulakan oleh Amira Othman untuk meneka apa yang disebut oleh Jakelina, ketika itu telinganya perlu mendengar muzik pada headphone.
Perkataan pertama yang disebut oleh Jakelina yang perlu diteka oleh Amira adalah ‘kerusi’ . Namun, Amira tidak dapat meneka dengan betul. Selepas itu, Jakelina menyebut nama ‘Fattah Amin’ dan terus Amira berjaya menekanya. Mendengar jawapan Amira itu semua turut ketawa kerana terhibur.

Bukan itu sahaja, perkataan ketiga juga Amira berjaya menyebutnya dengan betul. Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur dan mengatakan seronok melihat permainan yang dimain oleh keempat-empat duta Jakel ini.
Tonton video di bawah ini :
@jakel.os Tak sangka erk jakel pun ada sekolah rendah.🤣 Bijak-bijak student Jakelina ni rupanya.. Min pun taknak tulis banyak korang kena tengok sampai habis kalau tak tengok rugi.. #JakelMendonia #JakelRayaMendonia #RayaMendoniaBersamaJakel #IngatRayaIngatJakel #BajuRaya2025 #SemarakRayaJakelMendonia
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Menyempat lagi kan Jakelina ni mengusik Amira, haha.. Ni Amira Othman tau, Fattah Amin punye girlfriend.. HAHAHA.. “
” Jakelina cakap ” dah dah latu ” , maksud dah la ekkk habis dah teka teki . Cik Epal pergi teka ” dah la tu” , hahaha.. Penat ketawa tau.. “
” Hareyy menyempat ek jakelina ” ni amira othman tau, fattah amin punye girlfriend” Hahahaha tapi nama fattah Amin dengar plak ek Kak long.. “
” Kerusi takdapat ek.. 2 soalan kemudian excellent sangat tu Kak Long.. Mungkin nama tu hari2 dah sentiasa dengar, so teka pejam mata pun boleh tahu kan.. “
” Adoilahh Jakelina nih tau… Tp semua duta Jakel tahun ni I is suka tauu LOVE sgttt.. Semua video korang semuanya kelakar sangat.. “
” Hahahaha adoi mira nampak sgt ni . Mula2 tak tau fattah amin tau pulak, tp jakelina sllu mghiburkan, no syatuuuu la cenggini.. “
” Patutlah masa live Amira tu part ni kena mute…. Faham2, nak bagi surprise utk kami ye… Part Sally & Cik Epal ok je dpt didengar.. “
Part Sally dan Cik Epal pun kelakar, semua anak-anak murid Jakelina pandai meneka. Selain itu, komen warganet, ketika Jakelina menyakat Amira dengan bercakap laju-laju yang Amira Othman adalah girlfriend Fattah Amin itu juga sangat kelakar dan mencuit hati.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok jakel.os
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

