Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma, power lah Shila ni.. ” – Komen Netizen
Video Shila Amzah menyanyikan lagu Ewa Bule di Beijing, China duet bersama penyanyi lagenda Sun nan raih perhatian ramai. Wah meremang dengar Shila menyanyi lagu ni dalam keadaan sejuk. Style sungguh Shila pakai baju sejuk bercorak batik..
Meninjau ke akaun Tiktok ShilaamzahTV, perkongsian sebuah video yang memaparkan persembahan Shila di Beijing, China telah meraih perhatian ramai. Apa yang menarik Shila menyanyikan lagu Ewa Bule bersama penyanyi lagenda dari China, Sun Nan.
Shila juga menyanyikan lagu cina berjudul Wu Ming De Ren bersama rakan duetnya itu yang merupakan salah seorang juri ketika Shila menjadi juara Asian Wave pada tahun 2012. Ini merupakan pengalaman pertama Shila menyanyi secara live di luar dalam keadaan sangat sejuk.
Persembahan Shila ini bertujuan mempromosikan Malaysia di China dan penampilan Shila cukup unik dengan memakai baju sejuk bercorakkan batik. Suara Shila juga sememangnya cukup merdu dan mantap walaupun menyanyi dalam keadaan sejuk.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Shila sememangnya dikenali ramai di China sejak menjadi juara dalam satu pertandingan realiti , Asian Wave musim yang pertama.
Jom tonton video di bawah :
@shilaamzahtv_ Shila Amzah mendoniaaa dengan mempromosikan budaya Malaysia di China 🔥🔥🔥🔥🔥 #shilaamzah @ShilaAmzah
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemantapan vokal Shila. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Music industry Malaysia tolongla bukak mata,byk da shila buat,,tolong hargai permata ini..berikan beliau perhargaan..she deserve it.. “
” Ini yg perlu dibanggakn..bawa nama negara dan x malu utk selitkn lagu budaya sndr smpi ke tahap ini semoga semakin menyerlah proud of u shila amzah.. “
” Bangga kita sebagai anak kelantan…tq shila so proud wau bule kito pah ko mendochina.. shila Amzah ni dh cukup kuat utk jd Duta Tourism Melaka.. org China sndiri pon aknowledge dia.. “
” Artis yg x pernah claim diri hebat.tp dia international..tahniah.. aku tak tahu dia ni sgt² strong. mcm² dia lalui dia tetap kuat. well done sheila.. “
” Meremang bulu roma power la shila ni.. shila ni antara artis yg paling rajin bagi aku. usaha dia mmg terbaiklah. teruskan mendonia shila.. “
” X tahu berapa kali sy ulang dengar..best pulak lagu ni.. bangga dengan Shila.. rupanya dia pakai sweater corak batik.. “
” Shila bila ditangan lelaki yg betul..terus menyerlah..Alhamdulillah, dlm kesulitan hidupny dulu, Allah prmudahkn..teruslh mnyala shila.. “
Sangat mengagumkan persembahan Shila ini dengan permandangan yang cukup indah di sana. Nyanyian Shila dalam bahasa Cina juga cukup merdu. Semoga Shila Amzah dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya di peringkat antarabangsa. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : TT ShilaamzahTV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

