Artis / Selebriti
” Meriah betul persembahan Amarra malam ni. Cute tengok telatah CP Sarimah atas pentas.. ” – Komen Netizen
Video juri, CP Sarimah naik ke pentas ketika persembahan anak Pak Azad, Amarra Sofea Rose di pentas minggu kedua TTMM2 raih perhatian ramai. Fuhh, gempak lah Amarra. CP Sarimah pun sporting sangat..
Umum mengetahui bahawa anak kepada pelakon dan penyampai radio terkenal, Pak Azad iaitu Amarra Sofea Rose merupakan antara peserta yang mencuri perhatian dalam rancangan Talk To My Manager 2. Pada usia yang masih muda, Amarra dilihat berani mencabar diri dan tampil dengan aura tersendiri di pentas pertandingan tersebut.
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era dan Media Hiburan, telah dikongsikan video persembahan Amarra bagi minggu kedua. Perkongsian itu dengan pantas meraih perhatian warganet yang tidak sabar untuk melihat perkembangan bakat muda ini.
Menerusi video tersebut, Amarra yang baru berusia 13 tahun tampil mempersembahkan nyanyiannya dengan penuh keyakinan. Untuk minggu ini, Amarra memilih lagu berjudul Kini Kau Tiada, sebuah lagu yang cukup menarik dan membawanya dengan caranya yang tersendiri.

Apa yang lebih menarik, lagu tersebut merupakan nyanyian asal oleh juri tetap rancangan itu sendiri, Che’ Puan Sarimah. Pemilihan lagu ini jelas menunjukkan keberanian Amarra untuk membawakan karya seorang juri di hadapannya dan membuktikan tahap keyakinan yang dimilikinya.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memuji persembahan Amarra dan video ini menerima ratusan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Komen tersebut adalah :
” Meriah betul persembahan Amarra malam ni. Cute tengok telatah Che’ Puan Sarimah atas pentas, haha.. “
Menerusi video pertama, Amarra dilihat menyanyi dengan penuh penghayatan sambil menari menjadikan persembahannya lebih hidup dan bertenaga. Lebih mencuri tumpuan, Amarra turut turun dari pentas dan mengajak Che’ Puan Sarimah naik ke pentas untuk menari bersama, mencipta momen yang cukup menghiburkan.

Tidak terhenti di situ, menerusi video kedua pula, Che’ Puan Sarimah turut menyertai persembahan dengan menyanyi rap bersama Pak Azad. Persembahan Amarra pada malam tersebut nyata berjaya memukau penonton sehingga menerima sorakan gemuruh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

