Artis / Selebriti
” Misi tu memang first class la, limited addition anak muda macam ni. Kau memang lain lah dik.. ” – Komen Netizen
Ammar Ahyan kongsi video moment indah majlis graduasi sempena tamat pengajian sekolah menengah. Paparan misi Ammar pada skrin besar buar ramai kagum. Lagu background video pun lain macam betul ni. Dengan kita auto tegak berdiri, alahai Amayan..
Nama Ammar Ahyan Dato’ Aliff Syukri menjadi sebutan ramai masa kini. Penampilannya yang kemas dan tutur katanya yang tersusun dan penuh adab sopan membuatkan ramai kagum dengan didikan dan asuhan yang diterapkan oleh Dato’ Aliff dan Datin Shahida.
Pejam celik, pejam celik, Ammar telah telah pun tamat pengajian sekolah menengahnya di Seven Skies International School. Pada usianya yang sudah pun 17 tahun, Ammar kini dalam proses untuk memilih kolej pengajian yang diminatinya untuk menyambung pengajiannya ke peringkat seterusnya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ammar Ahyan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment Ammar bersama rakan-rakan kelasnya ketika majlis graduasi yang diadakan oleh pihak sekolah. Ammar kelihatan cukup gembira dan ketawa riang apabila bersama rakan-rakan.

Ammar turut menunjukkan paparan di skrin pentas yang menunjukkan wajahnya ketika kecil berserta misi hidupnya. Bukan biasa-biasa misi anak teruna Dato’ Aliff ini. Jiwa patriotik Ammar semakin menyerlah dengan pemilihan lagu yang dipilih sebagai background music videonya itu.
Jom tonton video di bawah :
@ammarahyan2008 Habis Sekolah #fyp #tiktokmalaysia
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Setakat ni akak dah catat lagu kebangsaan terbaru Amayan selain Negaraku. Nyalakan Tekad.. lagu dia memang rare.. jauh betul vibe dengan generasi dia.. “
” Senang nk cari, amayan yg paling tinggi atas stage tu.. Aku tengah berak ni auto berdiri tegak dengar lagu ni.. “
” Dengar lagu ini aq terus semangat nak bekerja.. kerja orang pun aq nak buat.. waktu rehat pun aku auto buat kerja jugak.. “
” Another level la ko Amayan haha.. selalu orang letak lagu aesthetic.. Lain macam lagu favourite dia.. “
” Ko layak jadi YB Ammar.. good luck Ammar.. lagu kau dik, boleh buat full video, teringat RTM dulu selalu main lagu ni haha.. dengan saya terpegun dengar lagu.. “
” Kamu memang lain lah dik. lagu habis sekolah pun lain.. boleh pulak dia terfikir letak lagu ni.. memang jiwa dia ni lagu.. “
” Memang kau lain yang lain dik sesuai dengan tittle anak dato alif.. igt bapak je mcm2 peel, ank pn bleh than pelik.. jiwa diplomatik betul.. lagu patriotik.. memang terbaik lah Ammar.. “
“Congrats Ammar Ahyan. Semoga dapat menabur bakti kepada bangsa dan negara. Motto : Ilmu untuk diri, bakti untuk negara memang first class la.. limited addition anak muda macam ni.. “
Ammar contoh anak muda yang berbeza tahap pemikirannya, lebih matang dan ke depan misi dan visinya. Semoga impian Ammar untuk menjadi seorang ahli politik pada masa hadapan akan tercapai. Teruskan usaha Ammar untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ammar Ahyan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

