Artis / Selebriti
” Papa dah mula dah. Jangan ajar dia macam-macam Papa, haha.. ” – Komen Netizen
Video DS Aliff Syukri mengajar Adik Hafiz Kemboja menari dan menyanyi buat warganet terhibur. Alamak Dato’, confident sungguh ajar Hafiz menyanyi walaupun lirik tu merapu habis. Lawak tengok Dato’ dan Hafiz, sekepala betul..
Niat usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Seri Aliff Syukri pada awalnya ingin membantu dan memberi zakat kepada remaja Kemboja yang viral, Hafiz. Selepas pertemuan di rumahnya, DS Aliff meluangkan masa pula menziarahi rumah sewa Hafiz yang serba kekurangan untuk melihat realiti sebenar kehidupan Hafiz.
Pada perkongsian sebelum ini, DS Aliff ada berkongsikan keadaan rumah Hafiz yang sempit yang perlu didiami untuk mereka sekeluarga. DS Aliff menyampaikan sedikit bantuan makanan dan wang tunai untuk kegunaan Hafiz dan ahli keluarganya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kedai_dherbs, telah dkongsikan satu video yang memaparkan gelagat mencuit hati DS Aliff bersama Hafiz. Selain mengajar Hafiz cara berniaga secara online, DS Aliff juga mengajar Hafiz menyanyi dan menari untuk menceriakan suasana.

Telatah DS Aliff menyanyikan lagu tema Akademi Fantasia mengundang ketawa warganet. Habis ditukar semua lirik lagu itu sesuka hati dan Hafiz pula mengikut sahaja apa yang DS Aliff sebutkan. Warganet juga mengatakan DS Aliff gembira kerana beliau seperti melihat dirinya ketika remaja dulu dalam diri Hafiz.
Jom tonton video di bawah :
@kedai_dherbs Layannnnn hahahah #dherbsterlajaklaris #aliffsyukri #papalaris #dherbs @Aliff Syukri Kamarzaman @Nur Shahida Mohd Rashid
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Sebak tengok ni dari siang sampai malam Dato’ di rumah ni.. terima kasih Dato’.. Dato’ memang terbaik lah.. semoga sihat ya dato dan dimurahkan rezeki selalu.. “
” Terbaiklah papa laris. hilang kesedihan saya.. sempat lagi ajar hafiz menari menyanyi eh papa. lawak betul dua ketul ni.. “
” Aku risau kalau lagu baru dengan adik Hafiz ni. adeh tok haha.. jangan ajar dia macam macam papa haha. dah jadi berlatih vokal pulak.. “
” Selalu sehat ya Dato’,Datu lh org kaya di mlys nmr satu,yg tk sombong dgn org miskin,semoga allah slalu melindungi Dato’,dn keluarga amin.. “
” Erobik ke apa dik.. alahai dato, tolong aajar adik tu menari ue.. papa laris dah mula dah haha.. sekejap je serius dia, dah masuk air balik haha.. “
” Papa ni happy sebab dia dah jumpa kisah silam dia.. yang bukan bukan pulak diajarnya, confident level dato memang mantap lah. abis lintang pukang lirik pun jadi haha.. “
” Habis lah, dato’ yg lain ok dah tok.. sya xda halangan.. cuma jgn nyanyi ja dato’.. pls la, haha.. saya tak boleh nak henti ketawa tengok dato dengan hafiz ni.. “
Warganet terhibur melihat telatah DS Aliff bersama Hafiz. Sambil mengajar Hafiz berniaga, sempat DS Aliff selitkan jenaka dan hiburan untuk menghiburkan semua. Semoga Hafiz mendapat ilmu berniaga daripada DS Aliff yang boleh dipraktikkan untuk kehidupannya selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kedai_dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

