Artis / Selebriti
” Muka macam Amir Masdi, suara macam Sheikh Maher, memang padu lah mamat ni.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro tebuk ngaji seorang jejaka berwajah seiras dengan Amir Masdi curi perhatian warganet. Fuh sedapnya suara dia, sebijik sama macam imam Sheikh Maher Al Muaiqly. Speechless, Qawiy pun terpegun dengar suara dia..
Qawiy Aro terkenal dengan tebuk ngaji dan ramai yang sudah ‘ditebuk’ oleh Qawiy. Baik selebriti, mahu pun orang awam, Qawiy terus menjalankan misi tebuk ngajinya itu agar lebih ramai orang yang mencintai ayat suci Al-Quran dan berusaha untuk menghafal surah-surah yang terkandung dalam Al-Quran.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Qawiyaro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Qawiy ‘menebuk’ seorang jejaka yang ingin bergambar dengannya. Kata Qawiy, boleh bergambar secara percuma dengan syarat jejaka tersebut perlulah tebuk ngaji dahulu.
Jejaka bernama Abdullah Mabrur ini meminta untuk ‘ditebuk’ surah Al-Baqarah ketika ditanyakan oleh Qawiy surah pilihannya. Berwajah manis seperti penyanyi Amir Masdi, gaya rambutnya juga sama seperti Amir. Mendengar suara Abdullah, membuatkan Qawiy sendiri terpegun.

Alunan suara dan berlagu tak ubah seperti imam Masjidil Haram, Sheikh Maher Al-Muaiqly, bacaan Abdullah membuatkan warganet kagum. Lunak dan merdu bacaannya, walaupun bukan seorang tahfiz, namun Abdullah ada minat dan suka mendengar bacaan Sheikh Maher.
Jom tonton video di bawah :
@qawiyaro sheikh maher ke amir masdi ni? #quranchallenge #terjahngaji #mantuy @AQmerchmy
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 74 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Don’t judge a book by his wolfcut.. jadi imam terawih best ni. bapak irama Sheikh Maher tu mat.. ni memang power.. muka Amir Masdi, suara Sheikh Maher memang padu lah mamat ni..”
” Suara sedap camni yang aku suka kalau jadi imam.. muka macam amir masdi, suara ngaji sebijik Sheikh Maher, mendayu-dayu.. “
” Masya Allah jatuh cinta betul dengan org yang pandai baca al quran niiiii. Masya Allah Ni vibe solat terawih ni.. seronok dgr bacaan mcm ni.. “
” Wow sama mcm sheikh Maher Al muaiqly.. Merdunya suara, sebijik macam Maher.. Nmpak personality, mst ad satu tanggapan. Tp bila mulut bersuara, terkesima.. “
” Naik bulu roma oiii.. Qawi terus shocked, betul ke ni.. sedap suara dia ngaji.. lantunan suara tu tenang dengar. sejuk perut ibu.. “
” Perghhh.. aku yang jantan tengok pon cair beb.. dah la hensem, style, ngaji sedap pulak tu.. tak puas dengar dia ngaji, suara Sheikh Maher Muaiqly doo.. “
” Speechless merdu sangat sangat ni.. terasa macam tengok terawih dekat Mekah.. sedapnya suara adik, macam imam tarawih.. “
Pepatah Inggeris ada menyebut ‘ don’t judge a book by its cover’, penampilan memang kelihatan stylo tetapi rupa-rupanya seorang yang ada ilmu di dada. Suara jejaka ini memang tak ubah seperti imam masjid Mekah. Mood solat terawih semakin terasa mendengar alunan suara merdu Abdullah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

