Artis / Selebriti
” Nak gelak tengah puasa, takut dosa. Awat kejung sangat KJ, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Khairy Jamaluddin, Johan, AG dan Fara Fauzana membuat dance challenge lagu raya Aisha Retno, Jodoh Lebaran buat ramai terhibur. Alamak KJ, lain macam betul tariannya. Ada yang kata macam Amitha Bachan, ada juga kata macam Mr Bean..
Lagu raya baru Aisha Retno, Jodoh Lebaran menjadi siulan ramai sejak ianya dilancarkan. Baru seminggu dimuatnaik di Youtube, lagu ini telah pun meraih lebih 2 juta tontonan. Selain rentak lagu, tarian yang dipaparkan juga menarik perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ, Fara Fauzana, Johan dan AG membuat dance challenge lagu Jodoh Lebaran. Video take 1 dan take 2 dimuatnaik untuk tontonan warganet.
Tarian yang ditunjukkan oleh KJ menggeletek hati warganet. Memetik komen warganet, tarian KJ keras dan kayu. Ada juga yang menyamakan tarian KJ dengan tarian oleh pelakon lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan. Tidak kurang juga yang mengatakan KJ menari seperti Mr Bean.

Tarian oleh AG juga mencuit hati orang ramai. Johan agak terkeluar dari skrin dan hanya kelihatan di pertengahan lagu. Meriah sungguh konti apabila geng Hot FM membuat challenge menari seperti ini. Walaupun agak keras tarian antara mereka, tetapi ianya begitu menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Adoii KJ menari sebijik cam Amitabh Bachchan laaa… keras haha.. KJ bleh sepak Johan dgn steps kat kaki tu. Tapi semangat KJ tetap tinggi.. “
” KJ baju dh ngam terox. Sekali bukak langkah alamak pitching lari.. KJ mcm nk sepak bola je haha.. “
” AG n KJ the kayus haha.. pusing-pusing je pandai. Baju pink songket biru buat ape tu ekk.. KJ kelakar gila haha.. kemain twirling tu.. “
” Wahhh masing-masing pun tanak kalah eh, effort tu penting.. Maaf KJ, saya tergelak tengok step KJ menari.. confuse menari ke main sepak bola haha.. “
” Nak gelak tengah puasa, takut dosa haha.. Chief khairykj okay ke tu.. KJ is giving mr bean dance vibes.. “
” KJ menang tang pusing je.. tolong g repair khairykj hampir total loss nie.. sila kembali ke pangkal jalan KJ haha.. “
” KJ menari dah macam amitabh bachchan je.. awat kejung sangat.. kayu betul KJ.. Dah macam Salsa ada, tango pun ada.. “
Kelakar sungguh tarian yang dipersembahkan oleh KJ itu. Walaupun tarian yang agak keras, usaha KJ untuk menjayakan challenge menari ini memang terbaik. Agaknya siapa pula yang akan menyahut cabaran untuk menari lagu Jodoh Lebaran selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

