Artis / Selebriti
” Nak sangat Liza nyanyi lagu BBNU, nah sekali Liza tapau habis.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Liza Aziz menyanyikan lagu kumpulan Dolla, Damelo di konsert Gegar Vaganza raih pujian ramai. Padu lah suara Liza, siap berjoget. Tokram pun puji cakap energy Liza macam remaja umur 16 tahun..
Gegar Vaganza musim 11 telah pun memasuki minggu ke 7 semalam. konsert pada minggu ini bertemakan Gwenchana, persembahan semua peserta dinanti-nantikan oleh penonton terutamanya peserta lagenda, Liza Aziz. Liza adalah nama yang sering disebut-sebut bakal menjuarai Gegar Vaganza pada musim ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Sinar dan Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Liza. Minggu ini Liza mendapat tugasan untuk menghiburkan semua dengan lagu popular kumpulan Dolla berjudul Damelo.
Mendengar sahaja nyanyian Liza, semua bersorak dan memberikan tepukan. Liza bukan penyanyi biasa-biasa, beri lah apa sahaja genre lagu, semuanya akan dinyanyikan dengan baik oleh Liza. Penonton dan juri yang berada di dewan serta penonton di rumah juga terhibur dengan persembahan oleh Liza ini.

Berbeza dengan persembahan Liza untuk minggu-minggu terdahulu, kali ini Liza berjoget di atas pentas. Bak kata Tok Ram, usia Liza sudah 61 tahun tetapi energy yang Liza miliki seperti remaja berusia 16 tahun. Padu lah Liza, persembahan paling memukau semalam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Juara yang tak boleh disangkal. true performer.. mantap kak liza. sedap gila kak liza bawak lagu ni.. “
” Umur 61 tapi pernafasan dia penyanyi muda pun boleh kalah.. pernafasan kak Liza amazing.. dia nyanyi lagu santai siap joget.. aku amaze betul dengan liza ni.. “
” Mcmni baru mantap. ada cabaran nyanyi lagu yang lain dari yg biasa kita dngar. Liza Aziz taraf penghibur boleh bawa any Genre Lagu.. apapun terbaik.. “
” Sapa ckp dia tak blh bawak lagu ni sb tak blh menari.. ternyata awak silap.. liza tapau habis.. umo 61 mcm ni makan apa…aku yg 30+ pon rasa penat dh.. “
” Legend betul la liza aziz ni, bagi la lagu apa pun semua dia makan.. Tak pernah tak hebat idolaku.. Dah buntu nak bagi lagu apa dah kat Liza Aziz ni.. “
” For a 61yrs old.. mana dtg energy dan stamina tu ya? layak digelar diva.. GEBREKK la..bak kata tok ram umur 61 tp masih bertenaga mcm umur 16.. “
” Effortless.. Bila legend yang nyanyi lagu ni.. legend yang ada class tersendiri.. 4 org nyanyi ya.. dia nyanyi seorang2 smbil joget sopan jew.. gitew legend.. “
” Nohhh.. Nak sangat liza nyanyi lagu BBNU.. Dah legend, apa saja lagu semua ditapau.. meletop lah liza.. macam tina turner.. “
Terbukti Liza bukan hanya hebat jika menyanyi lagu eranya sahaja tetapi lagu BBNU pun Liza boleh membawakannya dengan baik. Sekali lagi Liza berjaya menggondol hadiah juara mingguan. Tahniah Liza untuk kejayaan pada konsert minggu ini dan teruskan konsisten untuk minggu-minggu yang akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM, IG Media Hiburan, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

