Artis / Selebriti
” Nak tanya, kalau nak letak nama anak ada ‘al’ boleh ke ? “
Terima Pertanyaan Daripada Seorang Netizen, Jawapan PU Azman Menggeletek Hati Ramai. Ad0iii Cik Man, Kapsyen Last Tak Pernah Mengecew4kan. Terhibur Sungguh !!
Pemilik nama Azman Syah bin Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Lebih selesa dengan nama Cik Man, beliau mempunyai 1.6 juta pengikut di akaun Instagram miliknya. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini dikenali sebagai seorang penceramah bebas, pelakon, pengacara dan terkini usahawan.
Mula menyerlah ketika mencuba nasib dirancangan Pencetus Ummah musim kedua di mana beliau dinobatkan sebagai juara bagi program Islamik itu. Setelah itu, Cik Man mula ditawarkan watak-watak pembantu dalam drama tempatan. Memegang prinsip berdakwah walau di mana sahaja, Cik Man menjadikan lakonannya sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah.
Antara lakonannya yang menjadi tumpuan peminat adalah drama Lelaki Kiriman Tuhan, Sweet Dreams, Bila Hati Telah Hitam dan Ustaz Baru Nak Start. Keterbukaan Cik Man menyampaikan dakwah di laman sosial miliknya membuatkan peminat lebih mudah didekati dan dakwahnya senang untuk disampaikan.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman telah berkongsikan satu paparan ruangan komen daripada seorang netizen yang bertanyakan tentang penggunaan perkataan ‘AL’ di permulaan nama. Pertanyaan itu dibalas dengan gurauan membuatkan netizen lain terhibur membacanya. Ad0ii Cik Man, tak pernah tak kelakar !
Jom baca perkongsian di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen akhir Cik Man ini. Antara komen-komen netizen :
” Jangan letak almarhum sudah.. “
” Tak penah tak gelak kalo baca ulasan pu azman ni.. “
” Kalau letak, Al hamdu lillahi allathee anzala AAala AAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwaja.. Boleh ke dak ustaz ?.. “
” Alahai boleh tak ustaz.. “
” Hahahah.. You made my Day brighter ustaz.. “
” Ingatkan AL “ANAK LELAKI” tu.. “
” ALagapas… Adoi bang man.. “
” Sump4h aku tersed4k alagapas tu.. “
” Hahahahahaha ada saja ustaz nie hahaha alagapas.. “
Cik Man memang tak pernah tak kelakar. Penerangan yang cukup ringkas dan santai namun maksudnya sampai kepada netizen. Terbaik Cik Man. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Man sentiasa di bawah lindungan Allah dan moga berbahagia selalu. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG PU Azman Official by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

