Artis / Selebriti
” Nak tengok Yusry pakai tudung, tengok Yahaira. Hehe.. ” – Netizen
Kecomelan Anak Lisa Surihani Kongsi, Yahaira Leanne Yang Manis Bertudung Dipuji Netizen. Alahai, Cute Sangat !!
Lisa Surihani binti Mohamed memulakan kerjaya dalam bidang hiburan ketika beliau berumur 11 tahun lagi. Kali pertama beliau muncul di kaca TV ialah pada tahun 1997 menerusi iklan Ovaltine manakala kemunculannya dalam drama TV ialah pada tahun 2002.
Beliau turut melebarkan sayap ke dalam bidang filem, di mana kemunculan pertama Lisa ialah pada tahun 2006 melalui filem Goodbye Boys. Lisa mengakhiri zaman bujangnya dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdel Halim pada 23 Februari 2012.
Perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne yang dilahirkan pada 15 September 2015 dan Yusof Leonne yang dilahirkan pada 23 April 2017. Lisa telah mengenakan tudung sepenuhnya pada Jun 2019.

Menerusi akaun Instagram, Lisa berkongsi gambar kedua-dua anaknya, Yahaira dan Yusof. Namun begitu penampilan Yahaira yang manis bertudung mencur1 perhatian ramai. Alahai, comel sangat Yahaira macam mamanya.
Ikuti perkongsian Lisa di bawah :
Rata-rata netizen memuji kecomelan dua adik beradik ini. Antara komen-komen mereka :
” Beautiful yong.. handsome yoep .. “
” Nk tengok Yusry pakai tudung, tengok Yahaira Hehehe! “
” Manisnya Yong…alhamdulillah.. “
” Comelnya yong bertudung.. “
” Awwww so adorable both Yong and Yeop.. “
” Yusri sngt si kakak.. “
” Masyaallah comel sunggu yahaira pakai tudung.. MCM muka mama nya.. “
Comel dan manis wajah Yahaira yang lebih mewarisi wajah bapanya, Yusry. Bagus sangat Lisa mendidik Yahaira mengenakan tudung sejak masih kecil lagi. Semoga Yahaira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lisa Surihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

