Artis / Selebriti
” Nampak mesra, romantik, penyayang orangnya Abang Long ni. Sesuai sangat dengan Bonda.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video berbuka puasa bersama ahli keluarga, perkongsian oleh Datin Rabecca Nur Al Islam bersama abang sulungnya curi perhatian ramai. Manis betul suami Bonda Rozita Ibrahim ni, murah dengan senyuman..
Baru-baru ini tular khabar mengatakan usahawan kosmetik terkenal, Bonda Rozita Ibrahim telah pun berkahwin baru. Hal ini menjadi perbualan wargnet apabila Bonda ada memuatnaik video dan gambar percutian di luar negara yang turut memaparkan kelibat seorang lelaki di sampingnya.
Selain itu, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam turut meninggalkan komen dengan memanggil Bonda kakak iparnya dan lelaki berkenaan sebagai abangnya di posting berkenaan. Terbaru, meninjau di akaun TikTok Datin Rebecca, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Rebecca berbuka puasa bersama abangnya.
Perkongsian video tersebut sekali lagi menjadi perhatian warganet. Ramai yang memberikan ucapan tahniah dan memuji suami baru Bonda seorang yang murah dengan senyuman. Namun, menerusi video itu, tidak kelihatan Bonda dan hanya suaminya sahaja yang hadir.

Selain itu, ada juga yang mendoakan semoga rumahtangga yang baru dibina oleh abang Datin Rebecca bersama Bonda akan bahagia dan berkekalan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Datin Rabecca ini telah ditonton lebih tiga ratus ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mummybecca86 Adik & Abg Long 🤍🤍 #Alhamdulillah 1st Day IFTAR #MummyBecca #SiblingsLove #MyMamaMySisterMyBrother #RinduOurMama 💋 #Ramadhan #1stDayRamdhan #SyukurSelalu #Ramadhan2025 Set Suit REBECCA Code RAVERRA by @beccahq @Beccahqofficial
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak mesra, romantik, penyayang orangnya abg long ni. Sesuai sangat dengan Bonda.. Tahniah kepada abang long dan bonda, selamat pengantin baru.. “
” Ni la dia husbnd bonda ye.. Alhamdulillah.., Selamat pengantin Baru utk Mereka berdua,semoga dlm Rahmat serta kasih syg Allah swt.. Amin Ya Rabbal alamin.. “
” Tahniah datin dpt kakak ipar bonda kite erk, skrg bg long datin dah kawin, kite tuggu turn bg long Fattah Amin lak kawin ngan klong Amira.. “
” Alhamdulillah lembut je muka suami bonda ,memang rezeki bonda mendapat suami yang iras muka sangat lembut dan penyayang ..Semoga bonda dan suami bahagia ke Jannah.. “
” Hensem abg long nya lawa mcm adeknya Rebecca, patut lah bonda jatuh hati.. Dia senyum sekali pun dah nampak manis sangat.. “
” Abg Aidi selamat pengantin baru… Ye ar sekali pandang mcm Vincent Tan weii. Ingat kan hari tu bonda kahwin dengan Vincent, hehee.. “
” Ooo ni yng brcuti ngan bonda selamat pengatin baru.. Baru tahu, suami Bonda abang kepada Datin Rebecca rupanya… Handsome orangnya.. “
Alahai manis sungguh orangnya. Ada juga yang menyamakan wajah abang Datin Rebecca seperti Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Bonda dan suami. Semoga rumahtangga kalian akan kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mummybecca86
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

